Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 10:32am

Tak Sengaja ‘Tumbuk’ Muka Sharnaaz Ahmad Ketika Bertarung, Syafiq Kyle Alami Kecederaan Semasa Penggambaran Blood Brothers

Pelakon, Syafiq Kyle mendedahkan dia mengalami kecederaan ketika melakonkan adegan aksi dalam filem terbarunya, Blood Brothers: Bara Naga.

Menurut Syafiq, dia secara tidak sengaja menumbuk muka rakan pelakonnya, Sharnaaz Ahmad, sewaktu menjalani babak pertarungan bersama.

“Saya sendiri mengalami kecederaan ketika membawakan watak dalam filem ini. Bukan saya sahaja, malah Sharnaaz juga cedera apabila secara tidak sengaja saya tertumbuk bahagian mulutnya.

“Ketika bertarung dengan Sharnaaz, banyak pergerakan yang terkena kerana lokasi penggambaran agak malap, menyebabkan beberapa tumbukan sukar dielakkan,” jelasnya.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui di majlis meet and greet bersama barisan pelakon Blood Brothers yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Selain itu, Syafiq turut berkongsi bahawa dia mengambil masa selama empat bulan untuk menjalani latihan bagi melakonkan adegan pertarungan dalam filem tersebut.

“Watak saya memerlukan asas dalam seni mempertahankan diri, sedangkan saya sendiri tiada pengalaman dalam silat. Jadi, saya perlu belajar sedikit untuk memastikan gerakan silat kelihatan lebih meyakinkan.

“Saya mula berlatih dari hujung Disember hingga Mac, dan hanya pada bulan April tahun lalu saya mula melakonkan watak ini,” tambahnya.

Diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, dengan skrip hasil sentuhan Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, dan Ashraf Modee Zain, Blood Brothers menampilkan barisan pelakon hebat Malaysia seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy Teh, dan Amelia Henderson.

Lebih daripada sekadar filem aksi, Blood Brothers menjanjikan pengalaman sinematik yang mendebarkan, menggabungkan jalan cerita yang intens dengan aksi berkualiti tinggi. Dengan barisan pelakon mantap dan garapan visual yang memukau, filem ini bersedia menjadi antara karya tempatan paling dinantikan tahun ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Blood Brothers! Saksikan filem aksi penuh intensiti ini yang bakal menggegarkan layar perak bermula pada 10 April 2025 dan rasai sendiri debaran yang menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Feb 2021

35 Juta Tuntutan MySalam Diluluskan, Manfaat RM 50 Sehari

Semoga bantuan ini mampu meringankan beban rakyat..

Hiburan Sun, 18 Aug 2019

Pertama Kali Berlakon Filem Seram…Ini Reaksi Titi Kamal

Membawa watak individu yan menguruskan jenazah bernama Rini, Titi memberitahu ini juga merupakan lakonan pertama dalam filem seram.

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Featured Wed, 20 Jul 2022

Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI

Difahamkan pendakwaan tidak diteruskan kerana pendakwaan dan hukuman ke atas Siti Nuramira di mahkamah sivil lebih berat daripada di mahkamah syariah.

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Featured Tue, 1 Aug 2023

“Mak Nak Sangat Baju Putih… ” – Luah Rasa Sebak Di IG, Ubai MZ Reda Permergian Ibu Tercinta

Al-fatihah😥 Moga segala urusan ubai dan sha dipermudahkan🌹

error: Content is protected !!