Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 11:10am

[VIDEO] Di Ambang Perpisahan, Isteri Edika Yusof Bangkit Uruskan Hidup Sendiri.. Kini Tinggal Bersama Anak  – “Walaupun Susah, Saya Buat Selagi Terdaya”

Rumah tangga pelakon terkenal Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, kini di ambang perpisahan selepas wanita itu memfailkan penceraian pada pertengahan Februari lalu.

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok yang dikongsikan oleh Nona, Hidayah berkongsi dia kini menjalani kehidupan baharu bersama anaknya yang berusia 21 tahun.Meskipun berdepan pelbagai dugaan, Hidayah tetap cekal dan berusaha menguruskan dirinya sendiri.

“Anak sulung saya sudah berkahwin tetapi tinggal berdekatan. Sekarang, saya tinggal bersama anak saya yang sedang melanjutkan pelajaran di kolej. Setiap hari, dia keluar awal pagi dan hanya pulang pada waktu malam.

“Saya pula uruskan diri sendiri. Saya bergerak dari kerusi roda tanpa bantuan, jalankan perniagaan percetakan dan reka bentuk grafik, serta melakukan kerja rumah setakat yang saya mampu. Walaupun susah, saya tetap buat selagi terdaya,” katanya.

Mengulas tentang ujian yang dihadapinya, Hidayah akui dia tidak suka meratap, sebaliknya memilih untuk terus kuat dan menjalani hidup seperti biasa.

“Orang boleh menilai dari luar, tetapi hanya saya yang tahu apa yang saya lalui. Saya sudah 19 tahun lumpuh, tetapi dalam tempoh itu saya masih menjaga ibu, ibu mertua, dan ibu mertua tiri yang sakit kanser.

“Saya mungkin tidak sekuat dulu, tetapi saya reda. Saya berserah kepada perancangan Allah dan terima apa sahaja ketentuan-Nya,” katanya dengan nada sebak.

@nona.my

Walaupun dalam keadaan lumpuh separuh badan, dan diuji pula dengan kemelut rumahtangga, isteri kepada pelakon Edika Yusof ini dilihat kekal tenang, positif dan optimis. Sewaktu sesi siaran langsung di Tiktok nya semalam, Nor Hidayah Yusry berkongsi sumber kekuatannya bersama pembaca. 19 tahun berkerusi roda, ibu kepada 3 orang cahaya mata ini dilihat cukup bersemangat mencari rezeki demi kelangsungan hidup walau serba kekurangan. Semoga perkongsian Nor Hidayah ini menjadi inspirasi buat semua wanita² di luar sana. #majalahnona #edikayusof #norhidayahyusri #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚

♬ original sound – NONA – NONA

Sebelum ini, kisah kesetiaan Edika Yusof menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu pernah menyentuh hati ramai.

Namun, rumah tangga yang bertahan selama 22 tahun itu kini di ambang perpisahan selepas Hidayah memfailkan penceraian.

Walaupun punca sebenar tidak didedahkan, sumber memaklumkan bahawa tiada lagi persefahaman menjadi faktor utama perpisahan mereka.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak lebih dua dekad lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, dan Fereena Nurulhaq.

Sumber, kredit video: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Aktif Menyanyi Bukan Petanda Hilang Suami

Akui wanita berusia 41 tahun ini, dia dan suaminya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad masih lagi bersama.

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Wed, 12 Nov 2025

Aina Abdul Mengaku ‘Nervous’ Naik Stage – “Harap Rasa Tu Tak Hilang”

Aina Abdul mengakui masih berasa gemuruh meskipun sudah beraksi di beberapa pentas besar sebelum ini.

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

5566首次踏足马来西亚!经典神曲1228强势登入吉隆坡

5566首次踏足马来西亚「SINCE 5566」东南亚巡回再加场,12月28日经典神曲将席卷亚通体育馆,一段爱与我们的故事唤醒粉丝难忘回忆。

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Setahun Lebih ‘Cuti’, Mawar Rashid Siap Sedia Untuk…

Terdahulu, Mawar pernah membintangi drama antaranya Kalis Kasih, Raisha 2, Aurora Aisyah dan banyak lagi. 

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Nana Mahazan Bengang, Netizen Kutuk Anak Selekeh?

Netizen pun tak payah lah nak kutuk anak orang. Haish!

error: Content is protected !!