Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 10:37am

Umie Aida Terima Banyak DM Dari Mangsa ‘Haruan Makan Anak’, Jadi Tempat Luahan – “Ada Yang Berubah Sampai Jadi Pengkid”

Pelakon berkaliber, Datin Seri Umie Aida, mendedahkan bahawa beliau menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada mangsa ‘haruan makan anak’ selepas membintangi drama Keluarga Itu yang mengangkat isu sensitif tersebut.

Menurutnya, drama yang dilakonkan memberi kekuatan kepada mangsa-mangsa yang selama ini berdiam diri kerana stigma masyarakat yang masih kuat.

“Saya banyak terima DM daripada mangsa. Semoga drama ini memberi satu kekuatan untuk mangsa-mangsa yang berdiam diri, tidak berani untuk bercakap. Stigma masyarakat terlalu kuat, mereka kata itu aib dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya lagi, ramai mangsa tampil berkongsi pengalaman peribadi mereka, walaupun kejadian sudah lama berlaku tetapi masih meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan mereka.

“Ada yang DM kisah mereka kepada saya. Perkara dah berlalu tapi mereka pendam. Ada yang mengalami peristiwa ini sampai mereka berubah menjadi pengkid.

“Kita selalu judge mereka, tapi kita tak tahu sejarah silam mereka. Saya jadi kawan baik mereka, saling berbalas mesej, bergurau, dan berborak. Bagi mereka tenang,” jelasnya.

Umie berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama pelakon drama Keluarga Itu di Shah Alam pada Rabu.

Dalam pada itu, Umie yang memegang watak Chempaka iaitu suami kepada Iman dilakonlan oleh Datuk Rosyam Nor turut mengakui menerima kritikan kerana drama tersebut mengangkat isu yang sensitif.

“Saya banyak juga terimakKritikan kerana isu dia sangat sensitif, terutama apabila anak autism dalam drama itu pula yang kena.

“Mangsa tak berani nak bersuara sebabkan pandangan kita terhadap mereka. Kita kena educate anak kita tentang batas-batas antara seorang anak dan ayah, pak saudara, guru lelaki, sesiapa yang berlainan jantina. Bukan lepas tangan sampai tak ada sensitiviti walaupun pertalian darah,” tegasnya.

Umie juga percaya mesej yang ingin disampaikan dalam drama tersebut bergantung kepada kesediaan penonton untuk memahami realiti kehidupan.

“Saya percaya setiap pengajaran nak diterima oleh orang yang nak belajar. Kalau mereka nampak perkara itu menggelikan, buka mata anda, itulah yang berlaku setiap hari dalam dunia nyata,” tambahnya.

Selain Umie, drama Keluarga Itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Puteri Balqis, Izara Aishah, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell, dan ramai lagi.

Keluarga Itu mengisahkan kehidupan seorang tokoh tahfiz bernama Iman, yang disanjung kerana sifat dermawan dan keteguhan imannya. Namun, di sebalik segala kebaikan yang ditonjolkan, tersembunyi satu rahsia gelap dalam keluarganya yang akhirnya terbongkar.

Jangan lupa saksikan Keluarga Itu terbitan Erma Fatima pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Oct 2022

[VIDEO] Tidak Tahan Bekas Isteri Teruk Dikecam, Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Perceraian – “Saya Tak Jujur”

Bukan mudah seorang lelaki untuk turunkan ego dan mengaku salah sendiri, respect!

Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya 🥲 ‘Patut rasa banggalah, siapa lagi nak buat lagu pasal dia?’ – Shila Amzah

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Trending Mon, 30 Dec 2019
familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Lizzy Mengaku Cepat Bosan Dengan Lelaki?

Mungkin belum bertemu jodoh yang sesuai kot Lizzy!

Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Bakal Keluar Single Pertama Dengan Alan D, Tajuk Lagu Ira Kazar Unik! 

Fuhh, lain macam ek tajuk Ira Kazar. Min vote ‘Tak Heran’!

Trending Wed, 9 Sep 2020

Covid-19 : Kedah Medical Centre Ditutup

Ianya sebagai langkah pencegahan..

error: Content is protected !!