Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 2, 2025 @ 9:00am

Tak Ada Menu Wajib! Syafiq Kyle & Mimi Lana ‘Enjoy’ Rancang Juadah Raya Bersama

Pelakon popular, Syafiq Kyle mendedahkan bahawa sambutan Hari Raya nya tahun ini bersama isteri, Mimi Lana, akan berlangsung secara sederhana.

Menurut Syafiq, mereka akan menyambut Hari Raya pertama di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung Mimi di Taiping, Perak, pada keesokan harinya.

Tambahnya, dia tidak mempunyai menu wajib di pagi raya dan hanya akan berbincang dengan Mimi lauk apa yang bakal dihidang pada pagi Raya nanti.

“Alhamdullillah, raya kali ni tiada plan apa-apa. Tapi kami akan sambut raya bersama di Kuala Lumpur dalam sehari selepas itu baru balik ke kampung Mimi  di Taiping.

“Persiapan raya biasa-biasa sahaja, matching-matching baju and bincang menu apa nak masak di pagi raya,” katanya.

Syafiq berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 bersama barisan pelakon filem Blood Brothers yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Mengulas lanjut,  Syafiq dan Mimi juga kini dalam proses berpindah ke kediaman baru mereka sekaligus tiada persiapan Raya bakal diadakan di rumah mereka.

“Sebenarnya, kami baru pindah jadi tak ada persiapan di rumah kami. Just kemas sahaja.

“Lagipun, lepas Raya sahaja kami berdua  masing-masing busy shooting filem. Jadi memang singkat sangat untuk kami berehat. Masa Raya ni sahaja kami dapat berehat. Nanti mesti sibuk dengan jemputan rumah terbuka pula.

“Kami berdua sudah start shooting daripada Februari hari tu sampai ke Raya dan lepas raya akan sambung shooting,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai momen yang paling ditunggu-tunggu ketika sambutan Hari Raya kali ini apatah lagi selepas bergelar suami isteri, Syafiq bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya berseloroh dengan mengatakan mereka adalah pelakon drama dan sudah pernah melakukan adegan seperti salam cium tangan dan sebagainya.

“Bersalaman? Kami kan pelakon drama,  Kami dah buat dah semua tu. Tapi tak ada lah kami nak tunjuk dan cerita pada semua orang.

“Serius tak ada tunggu atau plan apa-apa pun sekadar berhari Raya bersama keluarga dan selebihnya kita kaan berjalan.

“Untuk menu pula, saya tak minta apa-apa dekat Mimi tapi saya akan tanya dia nak masak apa,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 May 2025
Featured Thu, 22 Aug 2024

Anggap Masalah Mental Berpunca Dari Media Sosial, Amir Jahari  Mohon Individu Dapatkan Rawatan Profesional – “Anda Tak Akan Dapat Jawapan Dari TikTok”

Ibu bapa kena mainkan peranan penting & kalau boleh cuba lebih terbuka dengan anak-anak….Yang penting, kalau ada masalah dapatkan rawatan segera okay!

LIFESTYLE Fri, 18 Jan 2019

This Little Tool From Face Inc Can Help Maintain Your Youthful Looks

The Face Inc Anti-Aging Micro-Therapy Kit is the latest breakthrough in Anti-Ageing technology.

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
familuv Sat, 11 Apr 2020

KKM bimbang penularan baharu jika benarkan pelajar IPT pulang

Ibu bapa diminta bersabar, elak kluster baharu IPT!

Featured Fri, 21 Dec 2018

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak tetapi herba jugak baik untuk kesihatan.

error: Content is protected !!