Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 9:19pm

Dilatih Beraksi Depan Kamera Sejak Kecil, Qadejah Tak Kisah Digelar ‘Aliff Syukri 2.0’

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri, Qadejah, 15, mendedahkan bahawa dia sudah terbiasa beraksi di hadapan kamera sejak kecil hasil didikan bapanya.

Menurut Qadejah, Aliff banyak mengajarnya cara berinteraksi, bukan sahaja untuk media sosial tetapi juga ketika berdepan dengan pihak media.

“Sejujurnya, saya memang seronok. Walaupun yakin dengan diri sendiri, tetap ada rasa segan bila ramai yang memuji.

“Tapi dari kecil lagi, abah sudah biasakan saya dengan YouTube dan media sosial, jadi lama-kelamaan dah tak kekok,” katanya.

Qadejah berkata demikian ketika ditemui di meet and greet pelakon drama sangat di Setia City Mall, baru-baru ini

Berkongsi lebih lanjut, Qadejah berkata bapanya turut mengajarnya cara bercakap dengan media agar sentiasa tenang dan beradab.

“Abah selalu pesan, bercakap kena jelas dan jangan ambil masa terlalu lama untuk jawab soalan. Cikgu-cikgu di sekolah pun tahu saya memang suka bercakap,” katanya sambil berseloroh.

Tidak kisah digelar ‘Aliff Syukri 2.0’, Qadejah menganggap ia sebagai satu penghargaan.

“Kalau orang gelar begitu, saya terima sahaja. Lagipun, memang saya anak abah,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, gelagatnya semakin mencuri perhatian di media sosial.

Ramai yang memuji kepetahannya yang dianggap matang dan berpotensi untuk menjadi pengacara di masa depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Feb 2022
Trending Sun, 24 Dec 2017

Ibu Hamil 5 Bulan & Keatas Boleh Balik Awal Sejam

Ibu Hamil 5 Bulan & Keatas Boleh Balik Awal Sejam Bermula 1 Januari 2018

Events Sat, 18 Jan 2020

甘家旗扮「财神爷」吃尽苦头!直呼从影以来献出很多第一次

甘家旗从影多年以来献出很多荧幕第一次,直呼扮「财神爷」不易且吃尽苦头!

Trending Tue, 6 Apr 2021
Events Thu, 18 Apr 2019
Featured Tue, 30 Nov 2021
Featured Wed, 12 Jan 2022

Akibat Curi Duit Surau – Jejaka Diperlakukan Seperti Mandi Jenazah, Netizen Anggap Ia Satu Hukuman Memalukan Agama

Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang pemuda yang didakwa mencuri duit surau melalui proses mandi jenazah dan ia dilakukan oleh beberapa jemaah. Video berdurasi 1:26 minit itu mempamerkan seorang lelaki tua yang dipercayai […]

error: Content is protected !!