Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 1, 2025 @ 11:20am

Usia Perkahwinan Semula Baru Nak Cecah 5 Bulan, Suami Kiah Propa Meninggal Dunia Akibat Kanser

Suami kepada pengacara dan usahawan Kiah Propa, Mohamad Nazri Ismail meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya, sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsi sendiri oleh Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

“Mohamad Nazri Ismail, suami saya baru sahaja meninggal dunia di IKN Putrajaya… Akan dikebumikan di Saujana Utama, Sungai Buloh, insya-Allah sebelum Zohor… Dari IKN insya-Allah ke Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor,” tulis Kiah.

Allahyarham Nazri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, sebelum solat Zohor hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 Tahun Berpisah, Kiah Propa & Bekas Suami Kahwin Semula – “Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata”

Terdahulu, pasangan ini kembali disatukan dalam ikatan perkahwinan pada 18 November 2024 selepas beberapa tahun membawa haluan masing-masing.

Kiah sebelum ini pernah berkongsi dia menerima semula bekas suaminya sebagai suami demi menjaga lelaki itu yang sedang bertarung melawan penyakit kanser.

“Lapan tahun duda aku ajak nikah balik sebab dia tak putus asa. Masa tu dia sihat, aku tak nak sebab dah selesa hidup seorang diri.

“Tapi jodoh aku dengan dia ni panjang pula. Kali ini dia sakit, aku terima dia. Sebab insya-Allah aku nak jaga dia dan bataskan aurat. Permintaan dia sebelum menutup mata,” kongsinya sebelum ini.

Kiah dan Nazri pertama kali mendirikan rumah tangga pada tahun 2011, namun bercerai beberapa tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang puteri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 May 2023
Events Tue, 8 Jan 2019

Our Sanrio Times Exhibition Extended til February!

There’s more time for family fun.

Hiburan Wed, 9 Nov 2022
Featured Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Fri, 25 Apr 2025
Hiburan Tue, 23 Apr 2019

‘Kalau Ada Jodoh, Adalah…’- Ara Johari Mengaku Ada Boyfriend?

Sepadan pulak kami tengok korang berdua ni…

error: Content is protected !!