Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 7, 2025 @ 12:01pm

Terkenal Dengan Filem Enam Jahanam, Pelakon Veteran Noor Azizah Meninggal Dunia

Industri perfileman tempatan sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran yang dihormati, Datin Noor Azizah Azizul Hassan, yang telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, Noor Azizah Azizul Hassan, 79, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Kampung Sungai Paloh, Ipoh, sekitar jam 3 pagi akibat kesesakan nafas.

Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh anaknya, Khairena yang kemudian dimaklumkan kepada sahabat baik arwah yang juga merupakan wartawan hiburan terkenal, Muzlina Abu Bakar.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia lakonan, Allahyarham pernah membintangi filem Enam Jahanam arahan Tan Sri P. Ramlee yang turut melonjakkan namanya dalam industri seni tanah air.

Penglibatan beliau dalam bidang perfileman bermula secara tidak dirancang ketika mengunjungi Studio Jalan Ampas di Singapura.

Bahkan, kecantikan yang dimiliki Noor Azizah  pada ketika itu telah menarik perhatian seniman Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud, yang kemudian menawarkan beliau berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem Dayang Senandong yang diterbitkan pada tahun 1965.

Allahyarham Noor Azizah juga pernah membintangi filem terbitan Indonesia berjudul Malin Kundang pada tahun 1971, bergandingan dengan pelakon terkenal negara tersebut, Rano Karno.

Selain itu, beliau juga pernah melakonkan watak sebagai Doktor Susan Lim dalam drama bersiri terkenal dari Australia, Bailey Bird, yang ditayangkan pada tahun 1977.

 

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Sep 2024

“Insya-Allah Kami Akan Berkumpul Semula”- Patimah Ismail

Yakin dengan ketentuan Tuhan. Moga segalanya dimakbulkan buat Datuk dan Datin❤️

Trending Mon, 6 Jul 2020
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

Hiburan Fri, 8 Dec 2017

Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Terbaru Neelofa

 Neelofa telah dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat penerbangan itu dan membuktikan dirinya bukan calang calang wanita dalam dunia perniagaan

Featured Thu, 19 Jan 2023
error: Content is protected !!