Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 8, 2025 @ 3:15pm

[VIDEO] Yusof Haslam Syukur Syamsul Semakin Ceria, Doakan Anak Temui Pasangan Hidup – “Tiada Makna Kaya Jika Hidup Sendirian”

Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam berkongsi perkembangan terkini anaknya, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof yang dikatakan semakin ceria meskipun berdepan dengan pelbagai ujian terutamanya konflik rumah tangga.

Ketika ditemui XTRA, Yusof menyifatkan anaknya itu semakin fokus, komited dan lebih bersemangat dalam pembikinan dua filem akan datang pada tahun ini.

“Saya nampak dia (Syamsul) sekarang lebih fokus. Setiap manusia ada cabaran dan halangan, konflik rumah tangga dan sebagainya. Bayangkan cerita The Original Gangster dia buat lebih empat bulan lebih awal sebelum mulakan penggambaran filem Sheriff sedangkan adik dia, Syafiq dah buat tiga filem.

“Saya tahu kekangan dan masalah yang dihadapi kemelut rumah tangga, keluarga.. Jadi saya rasa itu adalah pengorbanan bagi dia sebab kalau kita kaji sepanjang dia buat filem dibawah Skop Productions, tiada masalah, semuanya ikut masa.

“Saya doakan yang terbaik, saya tengok dia semakin bersemangat, muka pun dah ceria tapi kurus sikit,” katanya.

Yusof berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Blood Brothers arahan pengarah, Syafiq Yusof di IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.

‘Hidup Tak Ada Makna Tanpa Pasangan’

Dalam pada itu, Yusof turut bercerita antara nasihat yang disampaikan kepada pengarah filem seram popular Munafik ini untuk mencari pasangan kerana hidup tiada makna jika berseorangan.

“Saya kata kepada dia ‘Syamsul, apa pun yang jadi terus kuat semangat, bina hidup baru.. jangan hidup seorang diri’. Mesti kena ada pasangan kalau tak hidup tak ada makna, kita akan bosan. Kalau banyak duit pun hidup seorang. Kehidupan itu mahukan ketenangan dengan kelaurga dan isteri. Tapi buat masa sekarang ni dia kata nak beri tumpuan kepada dua filem akan datang.

“Saya tak rasa dia serik nak berkahwin, sebagai orang tua saya mendoakan supaya dia mendapat jodoh yang baik. Barangkali kalau Allah dah tentukan, mereka (Syamsul dan Puteri Sarah), mungkin masing-masing dapat pasangan lain.. kita doakan yang terbaik. Saya tak boleh mendesak, itu mungkin harapan kita tapi segalanya ketentuan Allah,” ujarnya.

Lebaran Tahun Ini Lebih Bermakna

Berkongsi mengenai sambutan Syawalnya pada tahun ini, Yusof meluahkan rasa syukur apabila semua anak-anak, menantu dan cucu berkumpul pada hari lebaran.

“Saya bersyukur, sambutan raya tahun ini Alhamdulillah. Syamsul balik ke rumah dan dia pun ikut kami pergi makan angin di luar negara. Sarah pun ada balik beraya, dan dia bersama Syamsul Insya-Allah mereka akan jadi sahabat. Saya bersama besan (ibu bapa Sarah) pun masih baik, tiada masalah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Fri, 16 Jan 2026

Ejen Ali Cipta Sejarah, Muncul Di Pentas Dunia Kejohanan MLBB M7

Kempen yang menjadi tumpuan utama di kejohanan berprestij itu, sekali gus membawa semangat Malaysia ke pentas e-sukan global.

Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Sun, 20 Oct 2019

赵传担忧自己变太帅!不能再唱《我很丑可是我很温柔》

几乎年年到云顶报到的赵传,透露自己近期有在锻炼身体,所以今年比去年更帅而无法再唱其成名曲《我很丑可是我很温柔》,逗乐全场观众!

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Betto Khai Kongsi Kisah Dengan Bekas Isteri Dalam Lagu Baru?

Biarpun sudah berpisah, hubungan kami masih baik.

Hiburan Wed, 25 May 2022

“Pernah Terfikir Nak Potong Perut” – Janna Nick Terasa Hati Dipanggil Gemuk

Janna Nick sedih dikutuk gemuk, mahu buktikan dia boleh kuruskan badan.

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

圣诞佳节捎来好消息!那英云顶演唱会宣布加场

「天后」那英暌违18 年来马一唱,原定于明年2月16日举办,有鉴于外界反应热烈,主办单位正式宣布决定在2月15日再加开一场!

Hiburan Tue, 15 Oct 2024

Anggap Perkara Positif Digelar ‘Duda Hot’, Hisyam Hamid Akui Rimas Terpalit Gosip Cinta Baharu

Alahai, nak berkawan pun tak boleh agaknya kan semua nak dikaitkan bercinta

error: Content is protected !!