Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 16, 2026 @ 11:40am

Ejen Ali Cipta Sejarah, Muncul Di Pentas Dunia Kejohanan MLBB M7

Watak animasi kebanggaan Malaysia, Ejen Ali, mencipta sejarah tersendiri apabila membuat penampilan sulung di Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M7 (M7) menerusi kempen khas Cuti-Cuti MLBB Bersama Ejen Ali.

Kempen yang menjadi tumpuan utama di kejohanan berprestij itu, sekali gus membawa semangat Malaysia ke pentas e-sukan global.

Dicipta daripada imaginasi tempatan, kehadiran Ejen Ali bukan sahaja mencerminkan nilai keberanian dan kerjasama yang dekat dengan generasi muda Asia Tenggara, malah berperanan sebagai jambatan antara kandungan animasi tempatan dan komuniti e-sukan antarabangsa.

Kolaborasi berterusan antara penerbit animasi tempatan dan syarikat permainan video antarabangsa, MOONTON Games, membuka peluang lebih luas untuk kandungan kreatif Malaysia diketengahkan di peringkat dunia.

Bersempena cuti persekolahan dan kemeriahan M7, kempen ini menampilkan Ejen Ali dalam pelbagai aktivasi di sekitar Jakarta, termasuk sesi interaksi secara langsung bersama peminat serta komuniti permainan. Usaha itu memperlihatkan bagaimana kandungan hiburan mampu merentas sempadan dan mencipta detik budaya bermakna dalam landskap e-sukan kompetitif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ejen Ali Official (@ejen_ali)

Ganjaran Eksklusif Untuk Pemain

Bukan itu sahaja, ganjaran eksklusif untuk pemain juga dibuka sehingga 16 Januari 2026 dimana pemain MLBB di Malaysia dan Indonesia berpeluang menuntut kandungan Ejen Ali edisi terhad menerusi aktiviti dalam permainan serta cabaran khas di TikTok.

Antara ganjaran ditawarkan termasuk emote eksklusif “Sedia!” dan “Satria, Bangkit!”, selain spawn effect istimewa yang diinspirasikan daripada gaya unik Ejen Ali di Land of Dawn.

Untuk rekod, Kejohanan Dunia M7 merupakan edisi ketujuh siri kejohanan M, menghimpunkan 22 pasukan terbaik dunia di Jakarta dari 3 hingga 25 Januari 2026, dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai USD1 juta.

Selain menobatkan juara dunia, M7 kini berkembang sebagai platform budaya yang menyatukan dunia permainan, hiburan dan identiti nasional. Kehadiran Ejen Ali mengukuhkan peranan kejohanan itu sebagai pentas meraikan wira serantau di peringkat global.

Orang ramai dan peminat MLBB dijemput menyertai kempen Cuti-Cuti MLBB Bersama Ejen Ali serta menuntut ganjaran eksklusif sebelum 16 Januari 2026. Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran rasmi MLBB dan Ejen Ali di media sosial menggunakan tanda pagar #CutiCutiMLBB #MLBBxEjenAli #MobileLegendsBangBang #EjenAli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Media Prima Audio Capai 6.1 Juta Pendengar Mingguan.. Hot FM Kekal Stesen Radio No.1 Malaysia, Fly FM Terus Kuasai Segmen Radio Bahasa Inggeris

Media Prima Audio terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara rangkaian radio paling berpengaruh di Malaysia apabila mencatatkan 6.1 juta pendengar mingguan di seluruh negara.

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Ben Ladin Digelar Pengkid, Kenapa Agaknya?

Apapun, bagilah peluang buat artis muda kita ni berkarya, dan jangan suka mengutuk tanpa usul periksa. Ingat tu!

Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!

Featured Sun, 9 Jan 2022

Dikecam Kerana Pakai Emas Ketika Tunai Umrah, Ifa Raziah Sangkal Kejian Netizen

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah, 46, dikecam netizen akibat foto yang dikongsikan ketika menunaikan umrah. Gambar tersebut menunjukkan Ifa sedang berdiri di hadapan Kaabah dan netizen tidak senang duduk apabila melihat barang kemas […]

Hiburan Fri, 12 Jan 2024
Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Untuk Tampil Lebih Tampan, Syamel Kini Turun 10kg

Semoga Syamel dapat menurunkan berat badan dengan jayanya! Jangan hangat-hangat taik ayam je okay

Featured Fri, 2 Aug 2024
error: Content is protected !!