Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 15, 2026 @ 9:06am

Media Prima Audio Capai 6.1 Juta Pendengar Mingguan.. Hot FM Kekal Stesen Radio No.1 Malaysia, Fly FM Terus Kuasai Segmen Radio Bahasa Inggeris

Media Prima Audio terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara rangkaian radio paling berpengaruh di Malaysia apabila mencatatkan 6.1 juta pendengar mingguan di seluruh negara, berdasarkan laporan terkini Nielsen.

Pencapaian ini mencerminkan kekuatan Media Prima Audio dalam menguasai pelbagai platform termasuk radio, digital dan pengalaman bersemuka, sekali gus mengukuhkan pengaruhnya dalam landskap penyiaran tempatan.

Mendahului senarai ialah Hot FM yang kekal sebagai stesen radio nombor satu negara dengan peningkatan kepada 4.3 juta pendengar mingguan serta 2.6 bilion tontonan video. Prestasi ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama hiburan Melayu paling berpengaruh, selain menjadi pilihan utama pengiklan yang mencari capaian luas serta hubungan budaya yang kukuh dengan audiens.

Dalam masa sama, Fly FM terus menunjukkan momentum positif dalam segmen radio Bahasa Inggeris dengan 2.1 juta pendengar mingguan serta 691 juta tontonan video di platform digital. Dengan pendekatan kandungan yang lebih menyeluruh, Fly FM kini berkembang sebagai jenama gaya hidup yang menghubungkan pendengar melalui siaran udara, digital dan aktiviti secara langsung. Inisiatif seperti Sunset Jam turut memperkukuh kedudukan jenama ini dalam kalangan audiens urban.

Sementara itu, Kool FM mencatatkan peningkatan sebanyak 8.3 peratus dengan jumlah pendengar mencecah 576,000 seminggu, sekali gus menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap kandungan yang segar dan relevan.

Ekosistem Media Prima Audio turut berkembang pesat dengan pencapaian memberangsangkan daripada Molek FM yang merekodkan 340 juta tontonan video, mengekalkan kedudukannya sebagai pilihan utama di Pantai Timur. Eight FM pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 83 peratus dengan 197 juta tontonan video, sekali gus mengukuhkan pengaruh dalam kalangan komuniti berbahasa Cina.

Dengan rangkaian pelbagai platform yang semakin kukuh, Media Prima Audio bukan sahaja menawarkan capaian luas kepada pengiklan, malah membuka peluang untuk jenama berhubung secara lebih bermakna dengan audiens melalui kandungan yang relevan dan berimpak tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran, kejayaan ini didorong oleh gabungan skala, kreativiti dan pemahaman terhadap budaya tempatan.

“Jenama hari ini memerlukan lebih daripada sekadar capaian. Mereka perlukan pengaruh dan hubungan yang bermakna dengan audiens. Di Media Prima Audio, kami gabungkan skala, kreativiti dan pemahaman budaya untuk capai perkara itu. Kami bukan hanya bantu jenama dilihat, tetapi pastikan ia memberi kesan dan diingati,” katanya.

Data ini berdasarkan laporan Nielsen bagi tempoh Januari hingga Disember 2025, melibatkan pendengar berusia 15 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia serta analisis penstriman digital dan interaksi video merentas platform.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Jul 2024

Gelekan Bollywood Gamatkan Episod ICSYVMY7 Minggu Ini!

Gamatnya episod ICSYVMY7 minggu ni!

Hiburan Tue, 23 May 2023

Gayakan Sweatshirt, Aksi Hannah Delisha ‘Posing’ Buat Netizen Kurang Senang

Hantaran terbaharu Instagram pelakon jelita, Hannah Delisha meraih perhatian dalam kalangan netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) ‘Posing’ yang ditampilkan oleh Hannah dalam hantaran terbabit mendapat […]

Trending Wed, 27 Jan 2021

“Women Empowerment” – Saima Mohsin Bakal Jadi Wanita Muslim Pertama Dilantik Peguam Negara AS

Kaum wanita juga boleh memimpin! Setelah Kemala Harris menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan Naib Presiden US, nampaknya kini Saima Mohsin bakal mengikut jejak langkah yang sama.  Terbaru, Saima Mohsin, 52 tahun merupakan seorang wanita […]

Featured Mon, 4 Dec 2023
Featured Wed, 12 Feb 2025

Shuib Kini Berhutang Puluhan Juta Ringgit – “Banyak Perkara Perlu Diperbaiki”

Namun begitu, Shuib mendakwa perniagaannya masih berada dalam keadaan yang baik.

Trending Mon, 29 Jun 2020
Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Khairul Aming Dipuji Beri Daging Dendeng Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Khairul Aming beri dendeng percuma kepada mangsa banjir

Featured Fri, 17 May 2024

Berbeza Pendapat Isu P*lestin, Kasih Iris Leona Mohon Netizen Jangan Samakan Dengan Azhar Sulaiman 

Masing-masing ada pendapat sendiri kan? JAdi terpulang pada anda untuk menilai😎✌️

Featured Wed, 15 Mar 2023

“Masa Duduk Flat Adalah Momen Paling Bahagia Saya” – Nurul Shuhada

Ni lah orang kata, bila suami susah ada isteri yang sentiasa beri sokongan,tapi bila suami dah senang lupa segala-galanya😥 Paling tak boleh blah, ringan pula tangan hinggap kat pipi isteri😡

Trending Fri, 29 Nov 2019
error: Content is protected !!