Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 9, 2025 @ 12:14pm

[VIDEO] Sering Bertemu Di Majlis Ilmu, Liza Abdullah Puji Amira Othman Berbudi Bahasa, Merendah Diri… – “Andai Jodohnya Dengan Fattah Amin, Kita Doakan Terbaik “

Pelakon senior, Liza Abdullah tampil memuji keperibadian penyanyi, Amira Othman yang dikatakan seorang wanita berbudi bahasa dan tidak sombong.

Menerusi sebuah video siaran langsung tular di platform TikTok, Liza atau nama penuhnya, Norliza Abdullah memberitahu dia sudah lama mengenali hati budi Amira malah sebelum namanya terkait mempunyai hubungan bersama aktor, Fattah Amin.

“Sebelum kisah dia dikaitkan dengan Fattah Amin saya dah kenal dia lama. Zaman awal dulu, dia antara adik yang saya rasa Masya-Allah hebatnya, sangat merendah diri, budi bahasa sangat baik, rupa paras dia jangan cakaplah.

“Dia tidak pernah sombong walau di tahap mana dia berada sekalipun dia tetap sama macam dulu. Alhamdulillah, kami selalu berjumpa di majlis ilmu, kelas pengajian. Dia sangat merendah diri. ,” katanya.

Seakan ‘merestui’ hubungan Amira bersama Fattah, aktres drama rantaian popular 7 Hari Mencintaiku ini turut mendoakan yang terbaik buat ‘pasangan’ selebriti itu seandainya mereka berjodoh.

“Sampai akhir-akhir ini bila orang kaitkan dengan Fattah, saya sebagai kakak, sahabat sering mendoakan yang terbaik. Dia selalu kata dia belum ada jodoh lagi, tak ada kekasih, kalau Allah kata dia dengan Fattah, apa kata kita ni doakan yang terbaik,” ujarnya.

@torygolden

kak liza abdullah describe pasal amira othman, alhamdulillah, semoga amira othman sentiasa dikelilingi orang2 yang baik aminn. #amiraothman #fattahamin #lizaabdullah #fypage #fyp

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkinkah ada sinar bahagia…?

Featured Sat, 31 Jan 2026

Terasa Hati? Azhar Sulaiman Tegur Cara Penyampaian Khairul Aming – “Tak Perlu Spell Out Kenapa Tak Boleh”

Behar mengakui berasa kurang senang dengan gaya percakapan serta pemilihan kata yang digunakan KA

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

Zulin Aziz Tak Jadi Kahwin, Luahan Hati Buat Netizen Sebak…

Ini bukan GIMIK! Zulin Aziz batal pernikahan di saat akhir atas alasan peribadi. Malah lagu yang sepatutnya dinyanyikan pada majlis itu nanti kini telah ditukar lirik. Sabarlah Zulin…

Trending Sun, 28 Mar 2021

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya…” – Bercerita Soal Cahaya Mata, Neelofa Tak Tolak Jika…

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” itu kata-kata selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan […]

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

BTS’ New Album Reaches #1 Even Before Its Release

Damn, these boys know how to break records.

Trending Mon, 15 Oct 2018
Featured Mon, 31 Oct 2022

Kembali Dengan Single Romantis, ‘Bahagia Milik Kita’ Notasi Indah Syamel

Penyanyi Syamel kembali dengan single romantis terbaharu berjudul ‘Bahagia Milik Kita’ hasil ciptaannya sendiri bersama penyanyi dan penulis lagu berpengalaman, Yuka Kharisma. Single terbaharu bernuansa balada pop dalam notasi romantis ini merupakan idea Syamel sendiri bersama […]

Featured Tue, 12 Aug 2025

Tindakan Noor Nabila Tunjuk Isyarat ‘L’ Pada El Rumi Dikritik

Raai yang menluahkan rasa kurang senang terhadap Noor Nabila.

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Tomok Belum Berani Beritahu Anak-Anak….

“Kalau betul dapat jemputan dari Istana, kami sekeluarga pasti gembira dan itu adalah rezeki anak-anak,” kata penyanyi dan komposer, Tomok selepas video ucapan dan nyanyian Hari Jadi daripada anak-anaknya, Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, […]

error: Content is protected !!