Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 9, 2025 @ 2:46pm

“Ia Buat Saya Fikir Soal Kematian”- Alami Serangan Jantung, Zamarul Hisham Kongsi Status Kesihatan

Pelakon versatile, Zamarul Hisham mengaku keadaan kesihatannya kini bertambah baik.

Kata Zamarul, selepas melakukan rawatan jantung banyak pantang larang yang perlu dipatuhi termasuklah menjaga pemakanan, berhenti merokok dan perlu mengambil ubat-ubatan setiap hari.

“Sekarang ni nak kata kesihatan saya seratus peratus okay, tidaklah. Macam tengah premier tadi pun saya sesak nafas juga.

“Sebab selalunya bila kita buat angiogram dan sten kita kena jaga makan, kita kena berhenti merokok dan banyak lagi pantang. Jadi biasalah masa dekat unit rawatan rapi (ICU) memang lah kita nak berpantang tapi bila keluar tu lain pula jadinya lebih lagi bila Hari Raya ni.

“Sekarang ni memang saya bergantung pada pengambilan ubat. Selepas dibenarkan keluar hospital saya perlu makan tujuh jenis ubat, tapi sekarang sudah tinggal lima jenis ubat saja.

“Sekelip mata sahaja Allah beri teguran dan teguran itu sebenarnya setiap orang lain-lain cara teguranNya dan saya bersyukur kerana ia semakin beransur pulih,” kongsinya.

Zamarul atau nama penuhnya, Zamarul Hisham Mohamed, 54, berkongsi mengenai perkara itu usai Tayangan Perdana Filem Blood Brothers: Bara Naga yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Ketika disoal mengenai respons keluarga terhadap keadaan yang menimpa dirinya pada ketika itu, Zamarul mengaku isterinya yang juga pelakon, Diana Rafar antara yang bertanggungjawab menguruskan segala keperluannya pada masa insiden tersebut berlaku.

“Macam Diana dia ni memang bionic women, masa berlaku  dekat Port Dickson tu memang dia yang uruskan semuanya termasuklah pertukaran dari hospital di sana ke hospital Sunway dan macam-macam lagi dia uuskan termasuklah wartawan semuanya.

“Bila balik rumah of course dia banyak menjaga pantang larang.

“Sebenarnya masa saya kena tu, saya tak berpeluh, tak ada sesak nafas, saya okay… steady sahaja. Cuma tangan saya sebelah kiri rasa sengal dan ‘tangkap’ dekat bahagian bahu dan masa tu saya minta orang picitkan. Cuma, dia okay sekejap kemudian datang semula. Rasa nak hanyut.

“Bila sampai dekat hospital Port Dickson doktor bagitahu jantung saya tak normal dan kemudia setengah jam selepas itu doktor bagi ubat cair darah.

“Yang teruknya bila dah 10 saat tu, saya rasa mulut saya penuh air rupanya darah yang berketul tapi lepas itu dada saya rasa okay. Tapi  itu membuatkan saya terfikir mengenai soal kematian.

“Bukanlah nak cakap saya ini terlalu jahat, tetapi pelbagai perkara mula bermain di fikiran padaketika itu,” katanya.

Terdahulu, pada 5 Februari lalu, Zamarul telah dimasukkan ke ICU, Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan sekitar jam 2 pagi akibat mengalami kesesakan  nafas ketika berada di lokasi penggambaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

‘Jadi Penyanyi? Tak Kot…’- Radin Selesa Kerja Dalam Konti

Selalunya kalau penyampai radio bila bercakap suara pun dah sedap, kalau menyanyi mesti okay juga kan?

Hiburan Fri, 1 Apr 2022

#HelloPadin: Sambut Ketibaan Ramadan Dengan Seikhlas Hati

Sambut Ramadan dengan Seikhlas Hati!

Featured Fri, 1 Oct 2021

Boleh Teman Isteri Bersalin Bermula 4 Oktober, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh KKM!

Boleh semak syaratnya ye bakal-bakal ibu/bapa sekalian

Events Wed, 20 Mar 2019
Filem Mon, 31 Dec 2018

Asia’s Top Social Media Superstars to Battle in Sunway City

It’s the first made-for-web reality game show in the Asia Pacific, The Amazing Sunway City Challenge.

Hiburan Thu, 17 Oct 2024
Hiburan Mon, 24 Feb 2020

“Memang Level International”- Neelofa Jadi Selebriti Malaysia Pertama Dijemput Ke Pertunjukan Fesyen Mewah Versace

Seringkali kita melihat susuk selebriti dan personaliti Malaysia Neelofa hadir ke pertunjukan fesyen mewah di luar negara. Daripada jenama terkemuka seperti Dior, Giuseppe Zannoti, Bottega Venetta, Prada. Terbaru, pengusaha jenama Nealofar itu kini dijemput menjadi […]

error: Content is protected !!