Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 10, 2025 @ 8:16pm

Isu Pramugari Persoal Fasha Sandha Naik Kelas Ekonomi, Zeera Azizi Anggap Intonasi Punca Salah Faham

Pernah bertugas sebagai salah seorang krew kabin, pelakon Nurazeera Azizi atau lebih dikenali sebagai Zeera Azizi mengulas isu ‘panas’ melibatkan insiden yang menimpa aktres Fasha Sandha, baru-baru ini.

Kata Zeera, mungkin berlaku salah faham antara pramugari berkenaan dan Fasha pada ketika itu disebabkan penggunaan intonasi yang digunakan.

“Bagi saya, apa yang dikatakan oleh pramugari itu memang tidak wajar. Tapi kita tak tahu niat sebenar.

“Mungkin dia ingin memuji artis yang sanggup naik kelas ekonomi. Mungkin juga intonasi yang digunakan itu menyebabkan timbul salah faham seolah-olah dia sedang menyindir,” katanya.

Zeera berkongsi mengenai perkara itu ketika diemui usai majlis tayangan dan sidang media drama premium originals, First Wives di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas lanjut, Zeera berkata, semua pramugari yang bertugas telah menjalani latihan apatah lagi melibatkan layanan terhadap penumpang.

“Tiada pramugari yang dilatih untuk menyakitkan hati penumpang.

“Bila kerja kita perlu ikhlas. Sebelum bercakap, kita kena fikir dahulu sama ada kata-kata kita itu akan membuat orang terasa ataupun sebaliknya,” jelasnya.

Sebelum ini, Fasha Sandha mengaku ‘berkecil hati’ sekaligus menegur tindakan pramugari yang mempersoalkan kenapa aktres popular sepertinya menaiki penerbangan dengan menggunakan kelas ekonomi.

Meskipun, pramugari tersebut telah membuat permohonan maaf namun, Fasha nekad untuk berkongsi perkara itu kepada pengikutnya bertujuan untuk memberi pengajaran.

Sekadar info, selain Zeera, drama First Wives turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti,  Mimi Lana, Melissa Campbell, Malek Mccrone, Charles Robert, dan Andy Teh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Aug 2019

Kebakaran hutan Amazon semakin teruk! Anda boleh bantu dengan 5 cara ini

Walaupun ia tak berlaku di Malaysia, ini tetap Bumi kita.

Featured Thu, 30 Apr 2026

Fazura Puji Amir Masdi Penyanyi Berbakat & Merendah Diri – “Semoga Dia Terus Berjaya”

Nur Fazura tampil memuji bakat penyanyi rock moden, Amir Masdi yang disifatkan sebagai seorang yang merendah diri.

Trending Mon, 4 Oct 2021

Demam TikTok Melanda ABPBH 34, Artis & Kelab Peminat Pun Boleh Rangkul Trofi Tau!

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-34 dirancakkan lagi dengan kerjasama TikTok, yang membawa kembali kategori Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34 dan memperkenalkan kategori baru iaitu Artis TikTok Popular ABPBH 34. Melalui kategori Anugerah FANtastik […]

error: Content is protected !!