Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 10, 2025 @ 11:24pm

Aprena Manrose Nafi Rumah Tangga Retak, Suami Tak Dapat Beraya Bersama Sebab Kerja

Pelakon jelita, Aprena Manrose menepis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa rumah tangganya telah terlerai selepas berkongsi menyambut Aidilfitri tanpa suami, Mohd Afiq Hazman.

Memetik laporan mStar, Aprena atau nama penuhnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, menjelaskan suaminya tidak dapat mengikutnya beraya ke Indonesia kerana perlu bekerja di hari raya kedua.

“Saya balik Indonesia seorang diri saja. Saya memang jenis manja, jadi bila kena beraya sorang tu, sajalah luah perasaan sikit di Instagram.

“Suami saya ada komitmen kerja pada hari kedua raya, jadi tak dapat ikut sama. Saja la acah-acah merajuk, buat drama sikit.

“Tiada apa pun sebenarnya. Insya-Allah, doakan yang baik-baik. Moga jodoh kami panjang dan diberkati,” katanya.

Sebelum ini, Aprena berkongsi foto menyambut Aidilfitri bersama keluarga tanpa kelibat suami, Mohd Afiq Hazman.

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, mereka juga sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sekadar info, Aprena dan suami mendirikan rumah tangga pada 2016 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Saling Unfollow IG, Raya Berseorangan… Ketiadaan Kelibat Suami Aprena Manrose Jadi Persoalan, Netizen Tanya: “Dah Cerai Ke?”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Feb 2023
Featured Mon, 2 Mar 2026

Aedy Ashraf Dedah Sisi Gelap Zaman Remaja – “Saya Clubbing, Merompak, Minum Ar*k”

Pelakon berbakat, Aedy Ashraf tampil mendedahkan sisi gelapnya ketika apabila pernah terjebak dengan aktiviti tidak bermoral ketika usianya meningkat dewasa.

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Luang Masa Selagi Masih Ada’- Adira Terkilan Hajat Arwah Bapa Tidak Kesampaian

Adira AF 8 menasihati semua supaya lebih menghargai orang tua selagi mereka masih hidup

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Filem Terbaru Upin Ipin Pemenang Anugerah Antarabangsa

Tahniah diucapkan kepada Produksi Les’ Copaque apabila filem animasi tempatan terbitan mereka, Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal telah dipilih sebagai pemenang kategori “Feature Film” di Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE) semalam.   […]

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Peminat Suka, Nina Iskandar Pula Kecewa Dengan Gaun Pengantin?

Kata pelakon Setelah Cinta Itu Pergi ini, dia terkejut melihat gaun pengantin selepas kembali ke butik empat hari kemudian.

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Bersedia Untuk Timang Bayi, Siti Nurhaliza Ingin Anak Lelaki

Semoga doa Siti dimakbulkan yang Maha Esa…

error: Content is protected !!