Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 11, 2025 @ 2:28pm

Mengaku Tersakiti, ‘Perang’ Ellie Suriaty & Imran Bard Belum Tamat – “Siapa Ajar Minta Maaf Melalui Telefon Boleh Selesai”

‘Duit dia tak ada nilai pada saya. Yang paling bernilai adalah keikhlasan hati’.

Demikian luahan dramatis, Ellie Suriaty mengenai isu kontroversi melibatkan dirinya dan pempengaruh, Imran Bard.

Menerusi temu bual bersama program Melodi, Ellie mengaku, dia adalah individu yang tersakiti dalam isu ini terutamanya apabila Imran masih tidak membuat permohonan maaf secara bersemuka.

Menurutnya, seseorang yang sudah menzalimi orang lain haruslah berani tampil dan memohon maaf dengan ikhlas.

“Saya yang tersakiti. Itu saya kata, siapa yang ajar kita untuk minta maaf melalui telefon boleh selesai. Sebab seseorang yang sudah menzalimi orang lain, dia kena minta maaf dengan kita ikhlas. Termasuk, tolonglah turun posting yang mengaib dan merosakkan nama baik saya.

“Macam saya kata, saya tak nak duit dia. Duit dia tak ada nilai pada saya. Yang paling bernilai adalah keikhlasan hati,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon filem Telaga Suriram ini juga menegaskan, pintu kemaafan masih terbuka buat pempengaruh itu.

“Apabila kita bersalah, berdosa, menzalimi seseorang kenalah minta pada hamba Allah itu dengan ikhlas dan tulus mengatakan minta maaf. Itu nilai kemaafan pada saya. Bila kita mati tak adalah kena merangkak dekat padang masyar.

“Selagi saya bernyawa datanglah minta maaf. Tetapi ada tempoh hadnya. Akan ada satu masa pintu kemaafan ditutuplah.

“Sebab bagi saya duit dia memang tak ada nilai. Saya tak nak duit dia. Money is not everything but, money is so everything bila kita ikhlas dalam pekerjaan kita dan dalam persahabatan dan perhubungan dan persaudaraan,” jelasnya.

i

Terdahulu, Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan selepas namanya disebut dalam satu video parodi oleh Imran Bard, yang didakwa mengaitkannya dengan istilah ‘kacip’ dan penggunaan dadah.

Berang dengan tuduhan tersebut, Ellie menegaskan, dia hanya akan menerima permohonan maaf daripada ibu bapa Imran sendiri.

Bagaimanapun, Imran akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ellie melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Agama Wed, 5 Jun 2024
Featured Mon, 16 Jul 2018

Jerawat Belakang Badan Ganggu Emosi Anda? Ikut Saja Tip Mudah Ini

Jerawat belakang badan tumbuh akibat perubahan hormon.

Featured Mon, 23 May 2022
Featured Thu, 31 May 2018
Featured Fri, 19 Aug 2022
Ijab & Kabul Sat, 24 Feb 2024
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Cantiknya Sasqia Dahuri Di Majlis Resepsi…

Semoga bahagia hingga ke Jannah, Sasqia dan suami. Insha Allah…

error: Content is protected !!