Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 12, 2025 @ 11:55am

Enggan Expose Muka Anak-Anak, Mawar Rashid Mahu Jaga Privasi – “Bukan Senang Nak Jadi ‘Public Eye'”

Pelakon Mawar Rashid mengambil keputusan untuk menjaga privasi anak-anaknya apabila bertindak mengaburkan wajah mereka dalam setiap hantaran yang dikongsikan di media sosial.

Menurut Mawar ketika ditemui oleh XTRA, menjadi seorang selebriti bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap tindakan pasti akan mendapat perhatian ramai.

“The reason why saya tak expose muka anak-anak sebab saya nak jaga privasi mereka dan saya hormat privasi mereka.

“Sebab bagi saya macam semua parents ada mereka punya decision masing-masing. Jadi untuk saya, saya tunggu anak-anak besar dan bagi mereka faham dulu kalau mereka besar mereka akan jadi public eye, dan apa yag mereka akan hadapi atau rasa.

“Sejujurnya, saya sebagai public figure mengaku bukan sennag untuk menjadi perhatian (public eye)  aman-mana pergi orang akan kenal jadi nak rasa macam tidak diperhatikan itu susah terutamanya dekat Malaysia. Jadi bila travel tu baru kita boleh rasa bebas dan jadi orang biasa.

“Jadi emmang saya nak tunggu anak-anak besar dan mengerti kehidupan merreka seperti apa (menjadi anak selebriti). Semua ini bertujuan untuk mental health dan privasi mereka,” ulasnya.

Mawar ataua nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama terbaharunya, Nikmat Yang Sesaat di Balai Berita, Bangsar Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Berkongsi lebih lanjut, Mawar memaklumkan bahawa drama bersiri ini merupakan projek terakhirnya untuk tahun ini kerana dia ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak-anaknya.

“Selepas habis penggambaran drama ini, saya memang mahu berikan fokus kepada anak-anak sahaja.

“Saya punya tugas sekarang ini mahu melihat mereka membesar dengan baik.

“Saya juga mungkin tidak lagi mengambil sebarang tawaran untuk tahun ini lagi dan akan bersambung semula tahun depan,” katanya.

Sekadar info, selain Mawar Rashid, drama rantaian Nikmat Yang Sesaat ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti, Sherry Ibrahim, Fadlan Hazim, Arash Mohamad dan ramai lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Apr 2023

[VIDEO] Untung Dapat Dengar Nyanyian Live! Kanak-Kanak Terpaku Dengar Suara Merdu Anuar Zain

Pelbagai lapisan umur yang minat dengar suara Anuar Zain ni

Trending Fri, 4 Jan 2019

惊人想像力搭配迷你模型!幽默重现办公室点滴

来自美国的Derrick Lin喜欢收集各种不同的小人模型,且充满想像力的他将这些小人,以幽默或是讽刺的手法重现他在办公室的生活。

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Trending Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Featured Wed, 16 Jan 2019

Bayi ini dipilih sebagai model kempen jenama syampu terkemuka kerana rambutnya!

Rasanya dialah model tercomel dalam sejarah iklan syampu.

error: Content is protected !!