Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 25, 2023 @ 2:56pm

Ibarat ‘Lahir’ Semula! Tampil Dengan Penjenamaan Baharu, Nadeera Muncul Dengan Single Emas

Penyanyi Nadeera atau nama sebenarnya, Farah Nadeera Zaini, 30, melakukan penjenamaan semula bagi mengukuhkan lagi perjalanannya dalam bidang seni.

Wanita yang pernah menjuarai program Lagu Cinta Kita TV3 musim kedua ini kini hanya mahu dikenali dengan nama Nadeera.

“Saya berbincang dengan pihak pengurusan, Woodwind Records untuk memulakan semula kerjaya nyanyian selepas menjuarai sebuah program realiti nyanyian di stesen berbayar. Setelah berbincang dengan pihak pengurusan serta bertanya pendapat dengan mereka yang profesional, saya kini hanya mahu dikenali dengan satu nama sahaja iaitu Nadeera.

“Sebelum ini, saya pernah dikenali dengan nama Nadeera Zaini, Farah Nadeera serta nama-nama lain seperti Nadeera Mentor Legend, Nadeera Lagu Cinta Kita dan Nadeera Big Stage. Saya berharap penjenamaan semula membawa tuah dalam bidang seni.

“Saya juga mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk melebarkan sayap sekitar nusantara serta ke peringkat antarabangsa, jadi penjenamaan ini tepat sebagai ‘kelahiran’ semula Nadeera. Penjenamaan semula ini juga bersesuaian dengan kewujudan syarikat pengurusan yang mengatur perjalanan seni saya, Woodwind Records,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NADEERA (@n.a.d.e.e.r.a)

Muncul dengan naskhah terbaharu yang berjudul Emas, Nadeera mendapat khidmat Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat selaku komposer. Liriknya juga merupakan nukilan mereka bertiga bersama penyanyi Datin Alyah.

“Saya mahu lari daripada kebiasaan single sebelum ini yang bertemakan cinta. Emas menampilkan tema kebangkitan dan semangat. Saya akui, saya bagai ‘dilahirkan’ semula selepas menjuarai Big Stage. Sekali lagi, saya diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan kali ini, saya enggan sia-siakan perjalanan ini.

“Emas menampilkan isi hati saya yang benar-benar berharap untuk bersinar dalam industri muzik selepas melalui fasa jatuh bangun sejak tahun 2012. Proses rakaman berjalan lancar tetapi saya sendiri mengambil masa sembilan jam di studio rakaman. Memandangkan lagu ini mempunyai makna tersendiri dan sangat melekat dalam hati saya, saya mengambil masa sedikit untuk mendapatkan penjiwaan sebenar.

Lagu Emas boleh didengari di semua platform penstriman muzik bermula hari ini, 25 Ogos 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

Muat Naik Foto Patung Berhala Di Twitter, Shah Rukh Khan Cetus Amarah Peminat Muslim?

Tiada paksaan agama di rumah dan mereka meraikan semua perayaan – SRK

Events Wed, 4 Apr 2018

Follow Malaysia’s Icon of Controversy Nur Sajat in Her Daily Life

Celebrities have just as much troubles as any of us. Check out Nur Sajat’s life here.

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Mon, 4 Jul 2022

[VIDEO] Pasang ‘Belon Gastrik’ Demi Turun Berat Badan, Ramai Ngeri Tengok Zarina Anjoulie

Bagi siapa yang suka melantak tu, mungkin ini cara terbaik untuk korang!

Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Dynas terkejut membaca komen Netizen

Bawak banyak bersabar Dynas

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
error: Content is protected !!