Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 14, 2025 @ 7:20pm

Siti Nurhaliza Sedia Berbincang, Isu 11 Lagu Dalam Simpanan Syarikat Rakaman Lama Bukan Masalah

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terbuka untuk melakukan perbincangan mengenai 11 lagu nyanyiannya yang belum dikomersialkan seperti yang tular baru-baru ini.

Kata Siti, meskipun sudah lupa mengenai judul dan genre lagu 11 lagu tersebut, namun dia percaya setiap lagu mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Bila baca semula di media sosial. Ya memang betul masih ada lagi cuma sekarang ni tak ada lagi perbincangan secara terperinci dengan pihak Suria Records (SRC) memandangkan mereka seperti keluarga.

“Memang betul saya masih ada lagu sebab memang kita akan rakam lebih. Cuma keadaan itu dah berbeza. Suara pun dah berbeza, ton pun dah berbeza. Bagi mereka yang suka cara nyanyian lama tu mungkin boleh terima. Cuma saya pun dah tak ingat lagu apa,” katanya.

Siti berkongsi perkara demikian usai Majlis Pelancaran OST dan Muzik video Filem Telaga Suriram yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketika disoal mengenai pendapatnya jika lagu tersebut dilancarkan tanpa merakamkan semula, Siti, 46, berkata, sekiranya kesemua sebelas lagu tersebut dirakamkan semula, mungkin bunyinya sudah kedengaran asing memandangkan ton suaranya juga kini berbeza.

“Lain, cuma lainlah orang akan dengar suara saya yang masih muda. Dan kalau diajak, mesti ada perbincangan.

“Masa merakam pun ambil masa dan padat tahun ini saya juga sedang dalam proses menyiapkan album tradisional. Jadi saya kena ikut jadual yang telah ditetapkan.

“Tapi jika pihak SRC mahu merakamkan semula lagu tersebut dengan penyanyi lain, saya tak ada  masalah kerana itu hak mereka,” jelasnya.

Terdahulu, syarikat rakaman Suria Records (SRC) mendedahkan pihaknya masih memiliki kira-kira 11 lagu nyanyian Siti Nurhaliza yang belum pernah dilancarkan.

Lagu-lagu tersebut telah dirakam ketika penyanyi tersohor itu masih bernaung di bawah label berkenaan, namun belum dikomersialkan sehingga kini.

Menurut Pengarah Urusan SRC, Edwin Tan, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menerbitkan baki lagu-lagu berkenaan suatu hari nanti.

“Koleksi lagu Siti yang ada dalam simpanan SRC ketika dia masih bernaung dengan kami dulu kira-kira 11 lagu yang belum dikeluarkan lagi, tetapi sudah siap dirakam.
“Masa itu pun, vokal Siti masih muda,” katanya kepada pemberita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Nov 2025

Artis, Krew ‘Kerasukan’ Ketika Jalani Penggambaran Filem Seram? Shuhaimi Lua Dakwa Wanie Ooi & Noralbaniah Terkena Gangguan

Shuhaimi Lua mendakwa pelakon serta krew mengalami gangguan ketika menjalani penggambaran filem Manrobbuka.

Featured Thu, 15 Sep 2022

Aidil Aziz Tiada Masalah Fasha Sandha Berlakon Adegan Panas – “Di Luar Set, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia” 

Aidil akui cemburu Fasha berlakon adegan panas dengan aktor lain, namun dia gembira diberi peluang untuk berlakon bersama isteri tersayang 🥰

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

Roslan Shah Tidak Mahu Panjang Cerita

Tak mahu panjangkan pergaduhannya dengan Ifa Raziah, pelakon dan pengacara Roslan Shah membatalkan sidang media pada Jumaat ini, (12 Januari)

Featured Wed, 21 Jul 2021

“Tak Emosi Macam Caprice..”- Dakwa Dedah Cerita Sebenar, Cara Nadir Al Nuri Tegur Ustaz Ebit Lew Dipuji Netizen

Isu antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan ramai di media sosial. Baru- baru ini, Caprice telah tampil membuat permohonan maaf terhadap Ustaz Ebit Lew […]

Trending Fri, 21 Aug 2020

Kluster Baharu Di Sarawak, 4 Positif Covid-19

sentiasa berwaspada dan jangan lalai

Hiburan Sat, 7 Dec 2019

Kembali Ke Set, Izara Aishah Letak Syarat?

Mesti rindu nak tengok Izara kembali berlakon, kan?

Trending Fri, 1 May 2020
Featured Tue, 16 Aug 2022
error: Content is protected !!