Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 16, 2022 @ 6:20pm

Syamsul Yusof Beri ‘Hint’ Filem Pasir Salak Bakal Jadi Filem Paling Epik Selepas #MatKilau

Susulan kejayaan luar biasa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pengarahnya, Syamsul Yusof dilaporkan merancang untuk meneruskan projek pembikinan filem Pasir Salak yang pernah diilhamkan oleh legenda perfileman Melayu, Tan Sri Jins Shamsuddin.

Malah, hasrat murni Syamsul itu disambut baik oleh rata-rata peminat filem tempatan bagi merealisasikan hasrat dan cita-cita Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN:Syamsul Yusof Terkilan Dengan Finas, Didakwa Tidak Proaktif

ARTIKEL BERKAITAN:“Buatlah Sol… Confirm 100 Juta Billion Tiket Sold Out…”- Selepas Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Tampil Dengan Filem Pasir Salak?

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Syamsul dilihat seolah-olah memberi ‘hint’ untuk meneruskan projek filem Pasir Salak tersebut sekaligus beliau menyifatkan filem yang mengisahkan tentang tokoh pejuang Islam ini amat luar biasa.

“Dato Maharaja Lela. Kisah kamu amat luar biasa..time has come for Malaysians to get to know you better. Kerana kisah tokoh pejuang Islam yg satu ini, penuh dengan darah dan air mata.

“Penjajah JWW Birch ini maha kejam pada orang Melayu suatu ketika dahulu. Maha kejam. Ini fakta.

“Kepada semua team produksi saya, One word, Buckle up! Saya berjanji kepada anda yang ini akan menjadi filem epik. Bismillah,” tulisnya.

Untuk makluman, Pasir Salak: King of The River ini pernah menjadi cetusan ilham Allahyarham Jins namun tergendala pembikinannya sejak tahun 1993 lagi.

Justeru itu, dengan kejayaan Syamsul mengangkat martabat filem Mat Kilau menjadi satu naskah ‘gemilang’ dalam industri filem tempatan, maka tidak mustahil juga beliau mampu menrik perhatian penonton menerusi filem ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Single Harapan Jadi Nyata, Hadiah Aizat Amdan Buat Tun Mahathir Mohamad!

Alhamdulillah… lagu ini sudah 7 tahun dipendam, akhirnya berjaya direalisasikan. Sejujurnya, bapa saya amat kagum dengan perjuangan Tun M.

Trending Tue, 28 Jul 2020

Dr Noor Hisham Luah Rasa Kecewa Dengan Penyokong Najib

Perhatian buat seluruh rakyat Malaysia!

Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Luqman Hafidz Sukar Tonjolkan Reaksi Untuk Penuhi Kehendak Watak

Cabaran Luqman Hafidz dalam Air Force The Movie

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Events Sat, 31 May 2025
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Rai Hari Jadi Tanpa Boyfriend, Selena Gomez Guna ‘Plan B’

Tiru macam Selena…No boyfriend? No problem!

LIFESTYLE Sat, 5 Jan 2019

Tanda-Tanda Oksigen Tidak Sampai Ke Seluruh Badan

Badan Menjadi Lemah, Sesak Nafas dan Sakit Kepala Antara Tanda-Tanda Oksigen Tidak Sampai Ke Seluruh Badan

Hiburan Fri, 8 Aug 2025

DJ Sonic Akui Hampir Tewas Emosi Selepas Pemergian Ayah Tercinta

DJ Sonic pernah melalui detik paling sukar.

error: Content is protected !!