Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 8, 2025 @ 6:22pm

DJ Sonic Akui Hampir Tewas Emosi Selepas Pemergian Ayah Tercinta

Nama DJ Sonic mungkin lebih dikenali dengan karakter ceria dan suara menghiburkan serta iringan muzik penuh semangat di corong radio.

Namun, di sebalik persona yang mengundang senyuman ramai, pemilik nama sebenar Awang Suffian Awang Hussein ini pernah melalui detik paling sukar dalam hidupnya apabila kehilangan ayah tersayang, Awang Hussin Awang Jinal pada 29 Februari tahun lalu.

Pemergian arwah yang disebabkan masalah kesihatan dalaman berlaku sewaktu DJ Sonic berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja, selepas seminggu menjaga ayahnya di hospital.

Ketika itu, keadaan ayahnya dilihat semakin baik dan telah dibenarkan pulang ke rumah. Namun, tidak lama kemudian, DJ Sonic menerima panggilan daripada ibunya yang memaklumkan bahawa ayahnya kembali dimasukkan ke hospital.

Tanpa berlengah, DJ Sonic segera menempah penerbangan pulang ke Kapit, Sarawak. Namun segalanya berubah sebaik pesawat mendarat di Sibu. Apabila telefon diaktifkan, dia disambut dengan deretan mesej ucapan takziah yang menghancurkan hatinya.

Air matanya tumpah deras dalam pesawat yang masih belum berhenti sepenuhnya. Perjalanan hampir tiga jam ke Kapit dari Sibu menjadi perjalanan paling sunyi dan menyedihkan dalam hidupnya, hanya ditemani tangisan serta kenangan bersama arwah ayah.

“Waktu tu saya tak bercakap langsung dalam kereta. Saya cuma menangis. Tapi saya bersyukur kerana saya sempat sampai untuk mandikan jenazah ayah sendiri. Saya sempat peluk dia buat kali terakhir,” ujar DJ Sonic dengan nada penuh emosi.

Dua minggu selepas kejadian, DJ Sonic membuat keputusan untuk tidak ke udara di radio kerana tidak mampu memaksa dirinya untuk tampil gembira.

“On air perlukan emosi yang stabil. Kita kena gembirakan pendengar. Tapi masa tu, saya sendiri pun tak gembira. Saya masih menangis, saya masih rindu,” katanya jujur.

Kesedihan yang tidak diuruskan itu akhirnya membawa kepada masalah kesihatan mental. Menjelang pertengahan tahun 2024, DJ Sonic mengalami kemurungan dan anxiety yang serius.

Berat badannya turun mendadak dan dia terpaksa berehat sepenuhnya selama sebulan. Untuk memberi ruang kepada proses penyembuhan, DJ Sonic pulang ke Kuching dan dijaga oleh adiknya. Di sana, perlahan-lahan proses pemulihan bermula.

Namun, hanya selepas hampir setahun, DJ Sonic benar-benar terbuka untuk meluahkan segalanya. Pada 3 Ogos lalu, dia mengikuti sesi terapi dan healing bersama Dr Hisham Dzakiria, seorang pakar dalam bidang kesihatan emosi dan mental. Di sinilah DJ Sonic buat pertama kali berbicara secara terbuka tentang kesedihannya.

Sesi selama lebih sejam itu diselubungi dengan tangisan, bukan sahaja kerana kerinduan, tetapi juga rasa bersalah kerana tidak sempat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah ayah.

“Saya terlalu sibuk dengan kerja. Saya jarang telefon, jarang bertanya khabar. Bila dah tak ada, baru saya rasa betapa besarnya kehilangan tu,”
katanya sayu.

Dalam sesi itu, Dr Hisham membantu DJ Sonic memahami semula pengalaman itu dari sudut berbeza, agar dia mampu berdamai dengan emosi sendiri dan menukar rasa bersalah kepada bentuk penghargaan atas kasih sayang yang pernah ada.

“Saya pernah cuba putar lagu kegemaran arwah masa on air, tapi saya terus menangis. Saya belum kuat. Tapi bila doktor kata, lagu tu bukan kenangan sedih, tapi satu penghormatan, saya mula ubah fikiran. Sekarang saya cuba redha dan bersyukur kerana pernah ada ayah sebaik itu,” ujarnya dengan mata berkaca.

Kini, meskipun masih menjalani rawatan untuk anxiety, DJ Sonic kembali menjalani hidup dengan lebih tenang dan positif. Baginya, proses penyembuhan bukanlah satu destinasi yang tetap, sebaliknya satu perjalanan berterusan.

Dalam setiap langkah yang diambil, memori tentang arwah ayah akan terus menjadi sumber kekuatan dan sinar buat dirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 8 Mar 2018

Ku sangkakan kucing, bayi rupa-rupanya!

Tetapi semalam terdetik dalam hati saya meletakkan motosikal di hadapan surau dan ketika itulah, bayi berkenaan dijumpai…

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Alya Iman Enggan Layan Kontroversi Lama, Tak Terkesan Nama Dikaitkan Dengan ‘Penyondol’

Alya Iman berserah seandainya ada pihak cuba menjejaskan reputasinya

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Dikecam Berniaga, Zara Zya Sedih Dihentam Netizen?

Kenapa nak dengki dengan Zara pula ni?

Featured Fri, 14 Feb 2025
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Shiha Zikir Percaya Wujudnya Gangguan Sihir Dalam Dunia Perniagaan – “Tapi Itu Bukan Sebab Utama Kedai Saya Ditutup”

Shiha Zikir menegaskan penutupan restorannya bukan kerana gangguan mistik, sebaliknya disebabkan kelemahan dalam menguruskan perniagaan.

Events Fri, 3 Oct 2025

Sukarelawan GSF & 23 Peserta Malaysia Dipindahkan Ke Penjara Paling Ketat Isr**l

Kesemua mereka dilaporkan ditahan di
penjara paling ketat.

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Wow! Dah Macam Artis Hollywood, Penampilan Terbaru Nina Iskandar Undang Tanda Tanya

Kalau macam artis Hollywood pun apa salahnya, Nina tetap cantik!

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

APA LAGI NI KAMAL ADLI?

Apabila diajukan soalan mengenai Zahirah McWilson dan isu Emma dikaitkan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk. Kamal enggan mengulas dengan lebih lanjut.

error: Content is protected !!