Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal January 5, 2019 @ 2:56pm

Tanda-Tanda Oksigen Tidak Sampai Ke Seluruh Badan

Pernah anda dengar mengenai Anemia, dimana kekurangan sel darah merah yang  menyukarkannya untuk membawa oksigen yang mencukupi ke seluruh badan.

Selain itu, pesakit akan menunjukkan gejala seperti lemah, pucat, sesak nafas, sakit dada, degupan jantung yang tidak stabil, dan sakit kepala. Tidak semua orang mengalami gejala yang sama, mungkin berbeza bergantung kepada ketahanan dan juga sel darah merah pesakit.

Penyakit ini berpunca daripada beberapa sebab antaranya berlakunya pendarahan sehingga kehilangan banyak darah merah seperti kehamilan, badan anda yang sendiri yang memusnahkan sel-sel darah merah, kekurangan zat besi, kekurangan vitamin, keturunan. Sel darah merah mengandungi hemoglobin yang membolehkannya membawa oksigen ke dalam paru-paru untuk dihantar ke seluruh badan dan menghantar karbon dioksida ke paru-paru untuk dikeluarkan.

Kandungan hemoglobin dalam sel darah merah boleh dihasilkan dengan pengambilan makanan yang mengandungi Zat Besi, Vitamin B-12, Folat serta nutrien sihat yang lain. Sebahagiannya hanya mengalami dalam jangka masa yang pendek dan ada yang panjang.

Bagi yang mengalami gejala seperti ini perlu segera mendapatkan rawatan dari pakar bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Pesakit boleh mengambil makanan yang menggalakkan pertumbuhan sel darah merah seperti:

  • Zat Besi- Sayur-Sayuran Berdaun Hijau, Kacang, Daging Lembu dan Buah-Buahan
  • Folat-Buah-Buahan, Sayuran Berdaun Hijau, Bijirin seperti Roti, Pasta dan Beras
  • Vitamin B-12-Daging, Produk Tenusu, Bijirin dan Soya
  • Vitamin C- Brokoli, Tomato, Tembikai dan Strawberi
  • Pengambilan serat yang mencukupi mampu membantu pesakit anemia bagi mengelakkan badannya menjadi lesu dan lemah kerana kekurangan darah merah.

    Sumber: mayoclinic, healthline, webmd

     

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah! Ahmad Idham Kini CEO Finas

Tahniah sekali lagi buat pelakon drama Cinderella ini

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Isu Packaging Sambal Dikritik, Ini Respons ‘Win’ Khairul Aming – “Bila Orang Bijak Berbicara…”

Penjelasan yang cukup baik. Bagi semua orang faham…Kudos Khairul Aming!💪💪💪

Featured Mon, 25 Sep 2023
Events Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Meet BTS Members’ Siblings a.k.a Your Future In-Laws

If you’re going to marry Oppa, you need to know his family.

Featured Wed, 7 Jun 2023

Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

Kita tunggu je lah penjelasan lanjut dari aktor kegemaran korang okay!😎✌️

Featured Fri, 26 May 2023

Baru Satu Hari Tayangan, Filem Polis Evo 3 Kutip RM3.4 Juta!

Tahniah team Polis Evo 3!💪💪💪

error: Content is protected !!