Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 13, 2025 @ 3:40pm

“Keprihatinan Bukan Retorik, Tetapi Tindakan” – Afdlin Shauki

Dengan hasrat untuk terus menyumbang kepada masyarakat, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki membuat keputusan berani apabila menawarkan diri sebagai calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa bagi pemilihan parti yang akan datang.

Berbekalkan pengalaman luas dalam aktiviti kemanusiaan menerusi Yayasan Afdlin Shauki (YAS), Afdlin, atau nama penuhnya Afdlin Shauki Aksan, 54, berharap dapat meraih sokongan ramai agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“Saya datang bukan untuk berjanji, tetapi untuk terus berbakti. Sudah lama saya bersama masyarakat tanpa gelaran dan pangkat, kini saya hanya memohon mandat agar dapat meluaskan lagi khidmat saya dengan lebih tersusun dan sistematik.

“Bagi saya, jawatan ini bukan satu platform untuk kepentingan diri atau agenda politik semata-mata, sebaliknya lanjutan kepada perjuangan sosial yang telah lama dilalui selama ini.

“Saya percaya bahawa kekuatan sesebuah parti politik terletak pada kemantapan cabang. Jika diuruskan dengan baik, ikhlas dan penuh semangat kebersamaan, maka akan menjadi benteng paling kukuh dalam menjayakan agenda reformasi parti,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Buli Balik itu turut berkongsi matlamat perjuangannya yang jelas serta memperkenalkan moto khas sebagai cerminan kepada pendekatan kepimpinannya.

“Saya memperkenalkan motto Mesra Setiawangsa sebagai satu prinsip yang menjiwai seluruh gerak kerja dan berhasrat menjadikan Setiawangsa sebagai contoh kawasan yang mesra rakyat, mesra komuniti dan mesra perpaduan tanpa sempadan kaum, agama mahupun latar belakang sosial.

“Saya mahu mengangkat semula peranan cabang sebagai pusat perjuangan sebenar parti bukan sekadar sebagai struktur organisasi, tetapi sebagai tempat masyarakat mendapatkan pembelaan dan inspirasi.

“Malah, saya juga melihat bahawa kepimpinan cabang harus dikembalikan kepada individu yang benar-benar mempunyai masa, tenaga dan komitmen untuk turun padang, mendengar keluhan ahli dan rakyat, serta melaksanakan solusi secara berterusan dan berkesan,” ujarnya lagi.

Afdlin turut mengajak semua ahli PKR di Setiawangsa untuk turun mengundi dan memilih pemimpin yang mampu membawa suara rakyat secara jujur dan ikhlas.

“Saya tidak hadir untuk bersaing, jauh sekali untuk menjatuhkan sesiapa sebaliknya, hadir dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua ahli PKR di Setiawangsa turun mengundi dan memilih dengan hati.

“Pilihlah kepimpinan yang bukan sahaja memahami tetapi merasai perit getir perjuangan di bawah.

“Pilihlah suara yang sentiasa mendengar, tangan yang sering membantu dan hati yang sentiasa ada untuk rakyat,” jelasnya.

Terdahulu, Afdlin aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan melalui YAS termasuk misi kemanusiaan ke Syria serta inisiatif pengagihan bantuan makanan dan keperluan asas kepada golongan B40 di perumahan awam sekitar ibu kota.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

GLAMPING Lost World Of Tambun: Aktiviti Luar Yang Paling Menjangkau Minda!

Xtra guarantee Glamping Lost World memang terbaik!

Hiburan Fri, 18 Mar 2022
Trending Tue, 10 Nov 2020
Trending Thu, 21 Dec 2017

《屿你同在》赈灾活动 善款总额突破10万零吉

大马创作才子伍家辉和歌手Victor 李俊颉早前因家乡槟城水灾而发起的『屿你同在』赈灾活动,在短短的一个月内所筹获的善款突破10万零吉!

Hiburan Wed, 20 Mar 2024

“Kami Memaafkan Semua Yang Terlalu Taksub Pada Manusia Yang Belum Pasti Kebenarannya” – Ibu Aliff Aziz

Kesian dekat ibu Aliff Aziz sampai ahli keluarga yang dah tak ada dimaki

Trending Thu, 13 Dec 2018

Sniper Digeruni Musuh Ini Bertukar Menjadi Ratu Cantik

Pernah Bunuh Musuh Dari Jarak 4000 Kaki, Sniper Digeruni Musuh Ini Bertukar Menjadi Ratu Cantik Kegilaan Ramai Lelaki

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Musly Ramlee, Liza Hanim Kongsi Pentas Sekali Lagi

Selain Musly dan Liza Hanim, penyanyi popular Aishah dan Rachel Guerzo Trio turut berkongsi pentas yang sama. Anda dah dapatkan tiket ke belum?

error: Content is protected !!