Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 19, 2025 @ 10:21pm

“Terus Murah Rezeki & Jadi Orang Baik, Fattah Amin” – Amira Othman

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mengucapkan tanda syukur dan terima kasih kepada peminatnya yang telah mengikutinya di platform TikTok sehingga mencecah sebanyak 1 juta pengikut.

Menerusi perkongsian tersebut, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin memuat naik sebuah video yang memaparkan momen-momen sepanjang kariernya pada tahun ini.

Namun begitu, hantaran aktor drama rantaian popular Keluarga Itu turut memperlihatkan video momennya bersama penyanyi, Amira Othman.

“Alhamdulillah, syukur. Tiada apa selain ucapan terima kasih pada anda semua,” katanya.

Berdasarkan ruangan komen, pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu mendoakan agar selebriti itu terus dikurniakan rezeki dan menjadi orang baik.

Amira turut sempat mengusik Fattah yang mempersoalkan mengapa wajahnya turut ditunjukan dalam video itu, selain mempetikaikan lagu belakang tabir yang digunakan olehnya dalam muat naik tersebut.

“Tahniah, tapi kenapa gambar rakan sekerja awak? Semoga Fattah Amin terus murah rezeki. Teruslah jadi orang baik.

“Tapi lagu ni tak ada lagu lain ke ek? Carilah lagu yang ada melodi sikit,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 8 Aug 2018

Tuduhan Terima Wang Haram RM 42 Juta, Najib Razak Mengaku Tidak Bersalah

Beliau mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Shiha Kecil Hati PIPIYAMA Dikritik Pendengar Malaysia?

Hurm…bila agaknya netizen dekat Malaysia ni nak berhenti buli siber eh? Tak penat ke korang…

Filem Mon, 25 May 2026

OST Khadam Terima Pelbagai Respons Termasuk Kritikan, Ernie Zakri Minta Netizen Jangan Cepat Menghukum – “Tonton Filem Terlebih Dahulu”

Ernie Zakri memberikan respons terhadap single terbaharunya, Tak Berlagu ciptaan NJWA dan Rendra Zawawi yang menerima pelbagai reaksi netizen, termasuklah kritikan sesetengah penggemar muzik.

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Isteri Jamal Abdillah Pernah Dihalau Peminat!

Jamal mengambil masa hampir 4 bulan  untuk memahami isterinya disebabkan perbezaan usia mereka yang jauh.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Hiburan Wed, 25 Sep 2024
error: Content is protected !!