Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 25, 2026 @ 6:59pm

OST Khadam Terima Pelbagai Respons Termasuk Kritikan, Ernie Zakri Minta Netizen Jangan Cepat Menghukum – “Tonton Filem Terlebih Dahulu”

Penyanyi Ernie Zakri memberikan respons terhadap single terbaharunya, Tak Berlagu ciptaan NJWA dan Rendra Zawawi yang menerima pelbagai reaksi netizen, termasuklah kritikan sesetengah penggemar muzik.

Menyifatkan karya tersebut berbeza daripada kebiasaan lagu pop yang sering dibawakannya sebelum ini, Ernie berpendapat lagu berkenaan sememangnya dihasilkan khusus sebagai runut bunyi rasmi filem Khadam dan perlu membawa emosi serta suasana penceritaan filem itu secara menyeluruh.

“Lagu ini memang bukan lagu pop biasa yang orang selalu dengar daripada saya. Ia perlu membawa vibe filem yang sangat kuat dan bila kita bekerjasama dengan komposer seperti Rendra dan NJWA, memang kita tahu hasilnya akan sedikit berbeza.

“Saya percaya ada lagu yang mungkin ambil masa untuk orang hadam dan biasakan diri, tetapi biasanya lagu seperti itulah yang akhirnya akan melekat dalam hati pendengar,” katanya kepada XTRA.

Isteri kepada penyanyi Syamel itu mengulas mengenai reaksi pendengar yang mengkritik Tak Berlagu selepas naskhah itu dilancarkan.

Tambah Ernie, sesetengah pendengar mungkin sudah terbiasa dengan lagu yang mudah ‘ditangkap’ sejak pertama kali ia diperdengarkan, namun Tak Berlagu memerlukan masa kerana ia dibina berdasarkan perjalanan emosi watak dalam filem tersebut.

“Kalau macam lagu-lagu saya sebelum ini, mungkin sekali dengar orang dah boleh faham dan terus suka. Tapi lagu ini berbeza sebab ia datang daripada sebuah penceritaan.

“Kadang-kadang sesuatu karya itu perlukan masa, mungkin perlu hari atau bulan untuk orang benar-benar faham rasa yang cuba disampaikan,” katanya.

Dalam masa sama, Ernie berharap orang ramai tidak terlalu cepat membuat penilaian sebelum menonton filem Khadam terlebih dahulu.

“Orang belum tengok lagi filem itu macam mana jalan ceritanya. Bila tengok nanti mungkin baru mereka faham kenapa saya menyanyi dengan cara begitu, terutama pada bahagian rayuan dan emosi tertentu.

“Mungkin bila mereka tengok keseluruhan cerita, baru mereka dapat rasa sedih, jiwa dan emosi watak itu,” katanya.

Ernie turut menjelaskan projek tersebut berbeza daripada single peribadi yang biasanya dihasilkan khusus untuk peminat, sebaliknya dibangunkan sebagai sebahagian daripada naratif filem.

“Ini sebenarnya projek filem, bukan single biasa saya. Jadi pendekatan dia memang berbeza sedikit,” katanya sambil berseloroh meminta netizen menonton filem itu terlebih dahulu sebelum menghakimi lagu berkenaan.

Tak Berlagu merupakan hasil ciptaan Rendra Zawawi bersama NJWA yang turut menulis lirik lagu tersebut.

Lagu itu dihasilkan mengikut perkembangan emosi watak Melor dalam filem Khadam dengan melodi yang berkembang daripada nada tenang kepada emosi yang lebih berat dan mendalam.

Menurut Ernie, dia sendiri tertarik untuk menerima tawaran menyanyikan lagu itu kerana jalan cerita Khadam yang dekat dengan emosinya sebagai seorang ibu.

“Saya memang tersentuh dengan cerita yang dibawakan. Sebagai seorang ibu, saya dapat rasa emosi itu sepanjang proses rakaman,” katanya.

Dalam filem yang bakal menemui penonton pada 11 Jun hadapan itu, Khadam menampilkan gandingan Datuk Remy Ishak yang memegang watak Awang dan pelakon Indonesia, Aghniny Haque yang membawa karakter Melor.

Turut membintangi filem arahan Shamyl Othman itu ialah Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff, Karl’ El dan Jun Lojong.

Khadam mengangkat kisah Melor yang mewarisi saka keluarganya selepas kematian ibu. Gangguan tersebut kemudian menjelma sebagai versi ‘sempurna’ dirinya sebelum perlahan-lahan mengambil alih kehidupan sebagai isteri dan ibu terbaik.

Filem ini tampil dengan elemen seram psikologi yang mengetengahkan konsep saka atau khadam yang diwarisi dalam keturunan, selain menggabungkan unsur emosi, keluarga dan misteri dalam penceritaannya.

Diterbitkan oleh Red Communications dan Komet Productions bersama beberapa rakan strategik antarabangsa termasuk Magma Entertainment, VMS Studios, Sil Metropole, Applause Entertainment, Primeworks Studios serta Golden Screen Cinemas, filem itu turut mendapat sokongan FINAS.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Anak Mendiang Micheal Jackson Tertekan Dengan Dakwaan Liwat

Dakwaan kes liwat didedahkan menerusi dokumentari Leaving Neverland itu membuatkan Paris kemurungan seterusnya menyembunyikan diri.

Trending Tue, 4 Aug 2020

Rebut Peluang Menangi Realme Dengan Cara Ini…

Menang pelbagai hadiah menarik!

Featured Sat, 22 Oct 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Puteri Balqis Akhirnya Buka Ruangan Komen, Ambil Peluang Kongsi Kata Semangat!

Terharunya min baca komen-komen peminat Aqishhh ❤️❤️❤️ Betullah Aqish jarang buka komen, bila ada peluang tu apa lagi kannn hehe sweet je semuaa!

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.

Events Mon, 15 Jul 2019

SNSD Member Hyoyeon will be Coming to Zouk Genting as DJ Hyo

Hyoyeon proves fans (and anti-fans) that SNSD isn’t all about look, in fact they are bomb with talents!

Hiburan Thu, 12 Dec 2019
Hiburan Wed, 15 Dec 2021

“Bukan Semua Lagu Sedih Ada Kaitan Dengan Saya” – 12 Tahun Galas Status Ibu Tunggal, Rossa Serahkan Urusan Jodoh Kepada…

Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT. Lebih 12 tahun menggalas status ibu tunggal, Rossa mengakui perkahwinan bukanlah keutamaan untuk dirinya. “Keutamaan […]

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

ADA APA DENGAN KUMPULAN DAMASUTRA – AIR MATA ROHINGYA

Dana yang dikutip akan disalurkan terus kepada warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan kepada program INSAF di seluruh Malaysia.

error: Content is protected !!