Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 23, 2017 @ 4:33am

One Nation Emcees, Mimi Fly Katanya Sudah Bercerai

One Nation Emcees, Mimi Fly mengesahkan perkahwinannya dengan Mohd Firdaus Hajar sudah menemui noktah, baru-baru ini.

“Iya, kami sudah berpisah. Masih baru, dalam bulan ini. Pada awalnya, saya berhasrat untuk menjelaskan semuanya pada awal tahun depan, tetapi apabila ramai yang sudah menghidu, lebih baik saya leraikan persoalan itu.

“Saya anggap jodoh kami berdua hanya setakat itu. Kami sudah tidak mampu lagi menempuh hidup bersama. Barangkali silap saya juga hingga bekas suami sukar menguruskan saya yang banyak kerenah ini,” katanya.

Spekulasi keretakan rumah tangga Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 30, dan Mohd Firdaus tercetus apabila penyanyi itu tidak lagi memuat naik gambar berdua, selain memadam semua foto bersama yang pernah dikongsi di laman sosial.

Andaian itu diperkuatkan lagi apabila Mohd Firdaus yang sebelum ini menguruskan Mimi, dilihat tidak lagi menemaninya setiap kali menjayakan persembahan. Pasangan itu diijabkabulkan pada 16 Mei 2015.

Tambah Mimi, selama hampir tiga tahun hidup bersama, banyak kesilapan yang dilakukannya dan dia tidak sanggup lagi membiarkan Mohd Firdaus bersendirian menggalas tanggungjawab.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Sun, 28 Aug 2022
Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Raja Ilya Kini Pelakon Hollywood?

Bagi Raja Ilya, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana terdapat beberapa perkara yang dianggapnya tidak sesuai dengan dirinya

Featured Thu, 8 May 2025

Penuh Emosi! Jom Throwback Perjalanan Ejen Ali Menjelang Filem ‘Ejen Ali The Movie 2’

Bersedia Ejen’s! Tugas anda belum selesai. Misi bermula 22 Mei ini!

error: Content is protected !!