Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 22, 2025 @ 12:10pm

“Bila Bersuara Nak Dapatkan Hak, Ada Pula Suara Sumbang..” -17 Tahun Berdiam Diri, Abby Abadi Diminta Simpan Aib

Pelakon Abby Abadi mengaku sepanjang 17 tahun, dia mengambil keputusan untuk memendam perasaan termasuklah tidak menuntut apa-apa dari bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim.

Menerusi hantaran di ruangan Instagram Story, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan berkata, dia gembira dan menjalani kehidupan seperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

Namun, bila dia bersikap terbuka dan lantang menyuarakan pendapatnya, ada pula pihak yang melabelnya sebagai ‘tidak menjaga aib’.

“17 tahun saya diam sahaja, tak tuntut apa pun. Layan sahaja, Enjoy je apa yang ada.

“Sekali bila  bersuara untuk dapatkan serba sedikit hak untuk anak-anak saya, ada pula yang suara-suara sumbang yang kata, ‘Simpanlah aib’ ‘lantang sangat’ dan merosakkan. Entah apa-apa, suka sangat nak judge orang,” katanya.

Terdahulu, Abby mengaku sedih dengan apa yang dihadapinya kini terutamanya apabila bekas suami yang juga pelakon dan usahawan, Norman Hakim dilihat bersikap acuh tak acuh mengenai isu anak mereka, Marissa Dania.

Bukan itu sahaja, sejak perceraiannya bersama Norman, dia adalah individu yang bertanggungjawab menjaga segala keperluan anak-anaknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 1 May 2020

“Maaf, Perjalanan Rentas Negeri Untuk Sambutan Aidilfitri Tidak Dibenarkan” – PM

Jangan bersedih, ini semua untuk kebaikan kita jugak ok?

Featured Mon, 25 Oct 2021
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Diserang Komen Jahat Netizen, Kang Daniel Umum Berehat Daripada Promosi Album?

Selepas Goo Hara, Sulli dan Ha In, Sekarang Kang Daniel Pulak?

Trending Tue, 10 Apr 2018

GE14 Date Announced! Time to Balik Kampung!

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah has just announced the dates!

Trending Mon, 12 Jul 2021

Hulur Sumbangan, Siti Nurhaliza Bersyukur Bantuan Kepada 1,500 Keluarga Hampir Selesai

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila bantuan yang diberikan kepada 1,500 keluarga kanak-kanak yang memerlukan hampir selesai. Siti menghulurkan sumbangan menerusi kempen Bantuan Prihatin 2021 yang dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan […]

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Ferrari Aliff Syukri Dijilat Api?

Dalam masa sama, jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik status yang menggambarkan kereta berkenaan adalah miliknya.

Featured Thu, 5 Jan 2023

Comelnya! Gelagat Ernie Zakri Teruja Nyanyi Depan Burung Di London Curi Tumpuan

Umum mengetahui, penyanyi terkenal Ernie Zakri dan suaminya, Syamel sedang bercuti di London.   View this post on Instagram   A post shared by @erniezakri Tular sebuah perkongsian di platform TikTok memaparkan gelagat Ernie yang […]

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

After What Had Happened In South Korea, Ailee Plans To Mark Her Name In The States

Not only she’s planning on marking her name in the States, she reassures fans with nation-wide tour!

error: Content is protected !!