Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 22, 2025 @ 4:36pm

Muat Naik Video Nikah, Aliff Syukri Dipuji Lelaki ‘Forest Flag’ – “Walau Dihina, Dia Tetap Angkat Darjat Isteri”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menyentuh perasaan ramai pihak selepas memuat naik perjalanan hidupnya ketika awal mula berniaga.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Aliff berkongsi awal perkenalan dengan isteri tercinta, Datin Seri Shahida yang bermula sejak mereka berada di bawah satu syarikat sama.

“Kami berkenalan di office yang bekerja sebagai kerani di Sendayu Tinggi. Kami bernikah di usia saya 20 tahun, ketika itu gaji saya RM1,800. Tak sangka wanita cantik dalam iklan ini menjadi isteri saya. Dia banyak bantu saya susah dan senang, berkat doa tak sangak dapat anugerah dari TikTok,” katanya.

Dalam muat naik itu juga, Aliff mengucapkan terima kasih kepada ramai pihak yang selama ini banyak memberi pengajaran untuknya menjadi lebih matang.

“Tak sangka dah tua dah saya boleh panggil pakcik dan makcik. Jauhnya perjalanan hidup saya. Dari budak yang dilahirkan di Felda Kecau, Pahang sampailah sekarang.

“Terima kasih kepada pengalaman yang lepas, yang menjadikan saya lebih matang. I love my famly. Saya rindu sangat arwah abah saya, arwah nenek saya dan arwah bapa mentua saya. Al-Fatihah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti memuji sikap anak kepada usahawan, Bonda Rozita Ibrahim yang ternyata sangat romantis dan penyayang.

Ada juga dalam kalangan netizen yang memuji Aliff seorang suami yang sangat bertanggungjawab, mengangkat tinggi darjat isterinya saat teruk menerima tohmahan ekoran konflik bersama aktres, Rebecca Nur Al Islam.

Berdasarkan muat naik terbaru, Aliff menyifatkan rasa cinta dan sayang tidak perlu diungkapkan, cukup ditunjukkan melalui tindakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Nov 2025

Siti Nurhaliza Usik Hael Husaini – “Tak Sabar Nak Nyanyi Masa Awak Bersanding”

Siti Nurhaliza usik Hael Husaini, seloroh nak nyanyi masa majlis kahwin

Hiburan Sat, 25 Nov 2017

Majlis Pertunangan Fattah Amin, Fazura

Yang tak sabar akhirnya datang jua, berita gembira tentang pertunangan berdua ini menjadi perhatian orang ramai terutama peminat setia

Featured Wed, 28 May 2025
Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Mon, 12 Sep 2022

[VIDEO] “Ini Yang Ditunggu!” – Netizen Teruja Anna Jobling Tersasul Panggil Meerqeen ‘B’

Tepi sikit, pasangan bahagia nak lalu ni hehe 🤪 Bersemut timeline min semalam tengok MeerNa dekat Terpaling Juara! 🥰🥰

Featured Mon, 4 Apr 2022

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Oh ini rupanya maksud video viral tu, tetapi sampai ke kepada ‘golongan’ tersebut?

Events Tue, 14 Jun 2022

Yakin Mahu Ganti Justin Bieber Buat Konsert, Iqbal Zulkefli Dicemuh Netizen – “Saya Syorkan Pendam Je Bakat Tu”

Alahai netizen pun, Iqbal bergurau je tu 😂 Tapi kalau betul Iqbal nak ganti Justin Bieber korang nak pergi tak konsert? 🤪

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
error: Content is protected !!