Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 24, 2025 @ 2:20pm

“Suami Saya Tak Pernah Bersahabat Baik Dengan Rebecca” – Isteri Aliff Syukri Minta Henti Sebar Spekulasi Tak Benar

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida menepis dakwaan mengatakan suaminya itu mempunyai hubungan rapat bersama aktres, Rebecca Nur Al Islam.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya, Shahida memuat naik tangkapan skrin menunjukkan komen seorang netizen mendakwa Aliff tidak terlalu melenting kerana berkawan baik dengan Rebecca.

Tidak berdiam diri, Shahida tampil bersuara menjelaskan suaminya tidak pernah bersahabat dengan Rebecca, sekali gus meminta agar segala persepsi negatif segera dihentikan.

“Maaf, saya nak jelaskan suami saya tak pernah berkawan atau bersahabat baik dengan dia. Harap hentikan cerita-cerita yang tak berasas ini,” bidasnya.


Sebelum ini, Rebecca tampil mempertahankan dirinya selepas didakwa cuba ‘menumpang glamor’ perkahwinan abangnya dengan Bonda Rozita Ibrahim dengan memuat naik pelbagai gambar dan video bersama pasangan tersebut.

Namun keadaan makin panas apabila Rebecca memuat naik rakaman suara seorang wanita yang dipercayai milik Shahida sendiri, yang dilihat sebagai individu yang membangkitkan isu berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Feb 2023

Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Wahhh, kalau betul apa salahnya kan ❤️🥰🥰

Hiburan Wed, 29 May 2019

「Beyond 36周年」黄贯中、叶世荣联手824登顶摇滚开唱

36周年Beyond金曲燃情巨献!黄贯中和叶世荣联手,8月24日登顶摇滚开唱!

Hiburan Thu, 9 May 2019

Nak Kahwin Punya Pasal, Shah Rukh Khan Terpaksa Menipu!

Cubaan Shah Rukh Khan tidak sia sia memikat hati Gauri

Trending Tue, 16 Jun 2020
Featured Tue, 6 May 2025
Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Tue, 23 Aug 2022
Hiburan Sat, 17 May 2025
error: Content is protected !!