Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 25, 2025 @ 10:29am

“Saya Tak Merajuk, Saya Tetap Akan Berbakti Pada Negara & Menghargai Orang” – Siti Nurhaliza

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dirinya tidak merajuk meskipun timbulnya dakwaan beliau membuat persembahan secara berbayar dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa lalu.

Artikel Berkaitan:“Saya Tidak Mahu Memanjangkan Fitnah”- Siti Nurhaliza

Kata Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin ,46, berkata, dia tetap akan membuat persembahan di acara rasmi yang dianjurkan kerajaan sebagai tanda penghargaan buat mereka yang telah banyak berjuang dan berjasa untuk negara.

“Tak adalah (merajuk), perkara ini perkara biasa.”

“Saya tetap Siti Nurhaliza, dah matang dah.”

“Saya tahu bila mana saya perlu berbakti kepada negara dan (buat persembahan) untuk hargai orang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, perkongsian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang memuat naik foto Siti serta Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ketika dijemput dalam acara berkenaan bagi menghiburkan tetamu telah mencuri perhatian ramai.

Sedar dengan respons yang diberikan, Siti kemudiannya tampil memperjelaskan mengenai isu kontroversi yang mendakwa dirinya dibayar untuk membuat persembahan pada majlis rasmi tersebut.

Tegasnya, kehadirannya ke majlis tersebut adalah sebagi tetamu dan bukanlah sebagai artis yang diundang untuk membuat persembahan.

“Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan.”

“Saya menyanyi kerana mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran.”

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, penjelasan tersebut dibuat bagi memastikan tiada pihak menyebarkan fitnah yang mengaitkan dirinya.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly turut mengesahkan bahawa kedua-dua artis tersebut hadir sebagai tetamu dan membuat persembahan tanpa bayaran menerusi aplikasi X.

Menurutnya, ia bagi menghormati peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pekerja kesihatan KKM dan tetamu lain yang merupakan sebahagian daripada ekosistem penjagaan kesihatan negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Jun 2026

“Doakan Kami! Dalam Dada Ni Macam-Macam Rasa” – Isteri Achey Kembali Jalani Rawatan IVF

Pasangan ini memohon doa orang ramai agar urusan IVF isterinay dipermudahkan.

Trending Tue, 5 Nov 2019

BTS Jungkook Kemalangan, Babitkan Pemandu Teksi

Speedy Recovery Jungkook Oppa!

Featured Sun, 10 May 2026

“Tak Semua Orang Tahu Betapa Penatnya Menjadi Kuat Setiap Hari” – Gagal Tahan Sebak, Puteri Sarah Akui Anak-Anak Sumber Kekuatan

Puteri Sarah Liyana gagal menahan sebak ketika berkongsi antara kekuatan yang membuatkan dirinya terus bertahan sehingga ke hari ini.

Trending Tue, 7 Jul 2020

Malaysia Bakal Alami Kegawatan Ekonomi Lebih Dasyat? Ini Jawapannya..

Umum mengetahui, Malaysia kini mengalami kegawatan ekonomi yang merundum. Semenjak PKP bermula, kerajaan terpaksa menanggung kerugian hampir berbillion. Kadar inflasi ini membimbangkan rakyat dan muncul persoalan sekiranya kegawatan ekonomi ini lebih dasyat berbanding apa yang […]

Hiburan Wed, 31 May 2023

Music Is Universal Tampilkan DOLLA, Airliftz, & Mikha Angelo

fuh lain macam lah acara muzik serantau ni

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Trending Sat, 26 May 2018

Jenazah Nur Alya Selamat Dikebumi

Bapa Allahyarham, Hairi Jamil, 45, dilihat sugul dan menahan sebak ketika melihat jenazah anak sulungnya diturunkan ke dalam liang lahad.

error: Content is protected !!