Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 25, 2025 @ 4:04pm

[VIDEO] “Hidup Ini Ada Penutupnya Juga” – Demi Keluarga, Misha Omar Pernah Terdetik Untuk Bersara

“Saya nak bersara dalam keadaan tenang”

Demikian luahan penyanyi bersuara lunak, Misha Omar, yang mengakui pernah terdetik untuk mengundurkan diri dari dunia seni yang telah menjadi sebahagian besar hidupnya selama lebih dua dekad.

Ketika ditemui XTRA, Misha atau pemilik nama sebenar Samihah @ Aisah Omar, 43, ini menjelaskan keinginan itu timbul selepas suaminya, Firos Ezwan Rosli, seorang juruterbang mahu berhijrah ke luar negara selepas menerima beberapa tawaran kerja di sana.

“Sejujurnya, saya ada hasrat untuk berpencen. Beberapa tahun yang lalu saya rasa seperti sudah sampai waktunya saya bersara kerana ada perubahan dari segi pekerjaan suami saya yang katanya mahu berhijrah ke luar negara.

“Ketika itu suami saya sudah dapat beberapa tawaran, dan boleh terus pergi. Jadi, takkan saya nak lepaskan suami saya seorang diri terkontang-kanting. Saya sayang suami saya.

“Saya ada terfikir kalau saya ikut suami saya berhijrah, saya mungkin akan melepaskan kerjaya saya. Tetapi kami memikirkan anak-anak saya, Adam ketika itu bakal menduduki peperiksaan SPM dan Idris masih kecil,” katanya.

Apabila ditanya tentang impian yang ingin dicapai sebelum benar-benar bersara, penyanyi lagu malar segar Bunga-Bunga Cinta itu menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

“Saya jalankan amanah seni ini sebaik mungkin. Jika masih ada ruang dan peluang, saya terima dengan syukur. Saya tak mahu menunggu detik ‘akhir’ untuk berhenti. Segalanya saya serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Dan bila difikirkan… saya masih di sini. Maknanya, Allah belum izinkan,” ujar Misha tenang.

Misha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Sony Music Malaysia di Courtyard by Marriott, Kuala Lumpur, pada Khamis

Dalam pada itu, Misha turut mendedahkan bahawa beliau seorang yang amat teliti sebelum membuat keputusan besar dalam hidup.

“Saya jenis yang akan berfikir habis-habis sebelum membuat sebarang keputusan penting. Saya juga akan bertanya dan mendapatkan kepastian dan pandangan daripada rakan-rakan terdekat. Apa saja yang saya lakukan, saya lakukan dengan sepenuh hati, bukan separuh jalan.

“Hidup ini ada pembukaan dan ada penutupnya juga. Tidak mungkin saya boleh bernyanyi selama-lamanya. Itu satu lumrah yang saya rasa adil.

“Tapi selagi saya masih diberikan peluang, setiap saat bersama peminat dan rakan-rakan industri akan saya nikmati sepenuhnya.

“Dan andai satu hari nanti saya benar-benar undur diri, biarlah ia berlaku dalam keadaan aman… tanpa sebarang gimik atau pengumuman besar. Saya hanya mahu ia berlaku secara semula jadi,” katanya.

@xtra_my

Min nak nikmati sepenuhnya lagu baru & konsert Misha Omar nanti, sementara she belum bersara lagi ❤️🥹 #xtramy #xtratonton #mishaomar #konsertmishaomar #sembangentertainment #fyp #beritatiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Jul 2025

“Mata Tiba-Tiba Merah, Hidung Berdarah Di Set” – Zarif Ghazzi Tepis Dakwaan Kena Penyakit Ain

Kerap sakit sebelum mula shooting, Zarif Ghazzi tepis dakwaan kena penyakit ain

Trending Sat, 14 Jul 2018

Takziah! Perodua Langgar Lori Ragut Tiga Nyawa

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, Lobpithai Lee Sern Koung, 25, Tan Hock Lai, 24, maut di tempat kejadian maut di tempat kejadian, manakala Ong Cheng Lian, 23, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Taiping.

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

第75届金球奖 《意外》横扫4奖项成大赢家

第75届《金球奖》于马来西亚时间8日早上9时盛大举行!《意外》横扫4奖项成为本届大赢家;影帝由凭着《最黑暗的时刻》精湛演出获得肯定的盖瑞欧德曼,而影后则是由《意外》法兰西斯麦多曼摘下宝座。

Hiburan Sun, 22 Jun 2025
Hiburan Mon, 19 Dec 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Terima Kasih Slash! Dedikasi Lagu Baru Buat Anggota Bomba

Terima kasih Slash kerana dedikasikan lagu ini buat anggota bomba kita!

Hiburan Sun, 20 Jul 2025

“Ramai Orang Baik Dalam Dunia Ni” – Fazura Rasa Lebih Dekat Dengan Peminat Sejak Aktif Buat Live

Fazura turut meluahkan rasa bersyukur apabila dapat mengenali ramai orang baik

error: Content is protected !!