Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 25, 2025 @ 1:26pm

“Mata Tiba-Tiba Merah, Hidung Berdarah Di Set” – Zarif Ghazzi Tepis Dakwaan Kena Penyakit Ain

Pelakon baharu meningkat naik, Zarif Ghazzi menafikan dakwaan kononnya dirinya terkena penyakit ain susulan kerap jatuh sakit setiap kali menjalani penggambaran drama.

Zarif, 21, mengakui kerap mengalami gangguan kesihatan seperti demam dan jangkitan, namun tidak percaya perkara itu berpunca daripada unsur gangguan penyakit ‘ain’, sebaliknya hanya menganggapnya sebagai ujian biasa.

“Contohnya sekarang, saya sepatutnya mula penggambaran drama baharu esok (hari ini), tapi tiba-tiba mata jadi merah. Saya pun tak tahu kenapa.

“Bangun pagi terus rasa sakit, mata gatal dan saya dah dua kali ke klinik. Doktor kata ada jangkitan. Pelik juga sebab kejadian macam ni selalu sangat berlaku,” katanya.

Tambah Zarif, insiden sama pernah berlaku ketika berada di lokasi penggambaran drama Abang Imam, Minah Skuter di Perlis sebelum ini.

“Hari pertama masuk set di Perlis, hidung saya tiba-tiba berdarah. Ada juga masa saya demam. Tapi Alhamdulillah, penggambaran tetap berjalan lancar,” ujarnya.

Zarif ditemui pada majlis pelancaran drama Abang Imam Minah Skuter serta sesi sukan pickle ball anjuran Viu di Lumi Tropicana, Petaling Jaya, pada Rabu.

Walaupun kerap diuji dengan masalah kesihatan, Zarif ini tetap positif dan menganggap semua yang berlaku adalah sebahagian daripada asam garam dalam industri seni.

“Saya anggap ini semua sebagai ujian. Allah takkan uji kalau Dia tahu kita tak mampu. Ini jadi pembakar semangat untuk saya teruskan karier dalam dunia lakonan.

“Sebab tu saya tolak dakwaan terkena penyakit ain. Saya tak pernah rasa apa-apa gangguan sebegitu,” jelasnya.

Mengulas soal gosip dan sikap sesetengah individu di sekelilingnya, Zarif mengaku tidak mudah melatah.

“Memang ada situasi di mana depan saya cakap baik-baik, tapi belakang saya dengar lain pula. Tapi saya tak ambil hati. Saya okey je dengan semua orang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Detik Awal Berkenalan Dengan Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Jarang Jumpa Lelaki Tak Nervous…”

Umum mengetahui, pasangan suami isteri, Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering mencuri perhatian ramai dengan momen romantis dan mesra mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di aplikasi TikTok yang memaparkan Jep menceritakan momen-momen di awal […]

Hiburan Sat, 21 Dec 2024

Ditegur PU Syed Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Teknologi AI, Nora Ariffin Berlapang Dada – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

Nora Ariffin terbuka terima teguran PU Syed tegur duet dengan arwah suami guna teknologi AI

Hiburan Mon, 10 Mar 2025

Alami Klaustrofobia, Julia Farhana Imbau Pengalaman Ngeri Terperangkap Dalam Ruang Sempit – “Saya Tersekat Hampir 10 Minit”

Julia Farhana fikir hampir mati terperangkap dalam bonet kereta, tersangkut di bawah tanah

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

BTS is Going on a World Tour!

The boys will be visiting some different countries too this time.

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Kongsi Foto Mata Lebam, Hantaran Terbaharu Zahnita Cetus Spekulasi – “Kena Ab*se Ke?”

Zahnita Wilson mencetuskan spekulasi selepas berkongsi foto matanya yang lebam.

Trending Thu, 23 Jun 2022
error: Content is protected !!