Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 26, 2025 @ 4:49pm

‘Raja Dusta’ Cipta Spekulasi, Diana Danielle Buka Mulut – “Saya Tak Tuju Pada Sesiapa…”

Kembali memperkasa langkah dalam dunia muzik, pelakon dan penyanyi, Diana Danielle tampil dengan single terbarunya Raja Dusta, sekaligus mencuri perhatian ramai.

Namun, disebalik populariti lagu tersebut, timbul spekulasi ia kononnya ditujukan kepada bekas suaminya, Farid Kamil.

Ketika ditemui XTRA baru-baru ini, Diana yang anggun mengenakan busana rona merah jambu, tenang menafikan dakwaan tersebut.

“Tidak… Lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Saya cipta Raja Dusta untuk mereka yang sedang mengalami fasa cinta, yang manis dan yang pahit,” ujarnya dengan senyuman.

Mengutamakan keberkatan dalam setiap karya yang dihasilkan, Diana mengakui dia tidak mahu lagunya dipalit dengan unsur sindiran atau dendam.

“Bagi saya, lagu ini akan kekal menjadi sebahagian daripada hidup saya. Jadi saya mahu ia datang daripada niat yang bersih.

“Kalau ditanya, saya rasa Raja Dusta lebih relevan untuk sesiapa saja yang pernah bercinta,” jelasnya lagi.

Sebagai seorang ibu kepada dua permata hati, Diana menyerahkan sepenuhnya kepada pendengar untuk menafsirkan lirik dan makna di sebalik Raja Dusta.

“Seperti lagu-lagu saya sebelum ini, orang tetap akan kaitkan dengan pengalaman masing-masing. Itu lumrah.

“Namun, misi saya tetap satu. Saya hanya mahu menghiburkan dan menyentuh hati sesiapa yang mendengar,” katanya.

Diana turut menegaskan, meskipun dirinya sudah lama bertapak dalam industri, semangatnya untuk terus berkarya tetap membara.

“Saya tidak baru, cuma kali ini saya hadir dengan semangat baru. Fokus saya hanya satu berikan karya yang terbaik kepada peminat yang setia menyokong,” tambahnya.

Diana berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La pada Rabu.

Menurut Diana, Raja Dusta banyak dipengaruhi aura bertenaga ikon legenda tanah air, Anita Sarawak.

“Anita Sarawak benar-benar meninggalkan kesan mendalam dalam hati saya. Sejak melihat persembahannya membawakan Seksis di Anugerah Juara Lagu, saya terus terinspirasi.

“Beliau seorang penghibur sejati. Saya mahu membawa kembali semangat itu. Berani, memukau, dan tak terlupakan,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Tips Dari KKM Untuk Elak Serangan Strok Haba

Cuaca panas ini dijangka berterusan sehingga akhir Mac atau Mei. 10 tempat dalam keadaan berjaga-jaga atau kategori tahap satu kerana catat suhu antara 35 hingga cecah maksimum 37’C selama 3 hari berturut-turut. Cuaca panas paling […]

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Dapat Sambutan Hangat…Alif Satar Tak Sabar Nak Turun Padang!

Saya boleh nampak keterujaan penonton yang menyanyikan kesemua lagu sepanjang persembahan!

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

“Macam Parameswara Bertemu Hang Li Po”- Faizal Ismail Kongsi Gambar ‘Sweet’

Moga diizinkan utk terus bersama.. tolong Ameenkan ye!

error: Content is protected !!