Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 26, 2025 @ 6:10pm

“Dia P*kul Saya Sampai Berdarah, Separuh M*ti!” – Abby Abadi Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Dengan Norman Hakim?

Konflik antara pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, aktor Norman Hakim kembali mengundang perhatian netizen selepas satu pendedahan mengejutkan dibuat oleh selebriti wanita itu.

Dalam satu hantaran di Threads miliknya, Abby mendakwa dirinya pernah dipukul oleh Norman hingga mengalami kecederaan serius, namun memilih untuk berdiam diri demi menjaga maruah suami ketika itu.

Pendedahan itu muncul selepas Abby ‘meletup’ terhadap bekas kakak iparnya dan anak saudara Norman yang mendakwa pelakon lelaki tersebut telah menghabiskan jutaan ringgit untuknya.

“Jutaan? Masuk akaun mana? Bagi siapa? Sembang je lebih. Sejak kami bercerai, keluarga dia langsung tak pernah ambil tahu hal saya dan anak-anak.

“Masa anak-anak kecil, tak pernah tanya pun cukup makan ke tak, duduk mana, hidup macam mana. Semua saya tanggung sendiri. Tapi sekarang baru nak bercakap,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, Abby turut mendedahkan satu insiden hitam yang selama ini tidak pernah dibongkarkan.

“Nak tahu? Adik awak tu pernah pukul saya sampai berdarah. Bila nampak luka teruk, dia bawa saya ke klinik. Tipu doktor kata saya kemalangan. Awak tahu tak benda ni?

“Saya lapor polis? Tak. Sebab masa tu saya fikir nak jaga aib dia. Kalau tak, dah lama dia merasa duduk dalam penjara,” dakwanya.

Abby turut mencabar pihak tersebut untuk mengemukakan bukti yang sah mengatakan Norman telah memberikan jutaan ringgit kepadanya.

“Kalau betul dah bagi berjuta, tunjuk slip. Tunjuk akaun mana. Baru boleh cakap besar. Nak bawa anak-anak naik kelas bisnes macam korang pun boleh,” katanya sinis.

Dalam luahan yang sarat emosi itu, Abby juga mendedahkan dia tidak pernah menerima duit hantaran yang dijanjikan oleh Norman semasa mereka berkahwin.

“Janji tinggal janji. Masa kahwin pun semua serba cukup makan je. Tak ada duit lebih. Tak ada penaja. Lepas bercerai pun, tak pernah dapat semula apa-apa,” katanya.

Abby turut menasihati bekas kakak iparnya agar menyuruh Norman melunaskan nafkah anak-anak yang tertunggak sejak 17 tahun lalu.

“Sekarang dah senang, boleh pergi umrah naik kelas bisnes. Tapi anak-anak yang dia tinggalkan sejak kecil, langsung tak diberi makan minum, tempat tinggal. Umur baru lahir, 3 dan 5 tahun waktu tu. Sampai sekarang, tak pernah rasa duit dia.

“Dia sorang je yang kaya, anak-anak tak dipeduli,” tulisnya.

Sebelum ini, Abby mendakwa Norman berkahwin dengannya secara tak sengaja dan bukan kerana cinta.

Artikel Berkaitan: “Jangan Ajar Aku Tentang Sabar, Kamu Tahu Rasanya Dib*nuh Tapi Tak Mat*”- Abby Abadi

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Sebab Berbaik, Tiada Keperluan” – Abby Abadi ‘Frust’, Norman Hakim Jumpa Anak Macam Orang Luar

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dakwa Norman Hakim ‘Terpaksa’ Kahwin Dengannya, Tak Ada Rasa Cinta? – “Masa Tu Dia Frust Dengan Orang Lain”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Gempak Habis…Gabungan Pemuzik Handalan Asia Dalam Project E.A.R!

Pengenalan pertama Project E.A.R. memperlihatkan Pop Shuvit (Malaysia), Slapshock (Filipina), Thaitanium (Thailand), Saint Loco (Indonesia) dan Ahli Fiqir (Singapura) mempersembahkan medley lagu-lagu dalam bahasa kebangsaan masing-masing (Bahasa Malaysia,Indonesia,Tagalog dan Thai).

Featured Thu, 31 Mar 2022
Hiburan Mon, 19 Jan 2026

Aedy Ashraf Enggan Ikuti Trend Throwback Tahun 2016 – “Kalau Lupakan Adakah Hidup Akan Jadi Baik Atau Sebaliknya?”

Aedy Ashraf tidak menafikan dia terinspirasi melihat perjalanan hidup orang lain

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

邓紫棋「15秒真假音转换」重现《还珠格格》片尾曲

经典电视剧《还珠格格》开播至今已经20年,无论是剧中角色或原声带,都让观众回味无穷,大家还记得片尾曲《雨蝶》吗?原唱李翊君的独特唱腔,诠释出最坚强的温柔,事隔多年,邓紫棋和张靓颖重现这首歌,刷新了该曲给人的印象。

Trending Fri, 22 Mar 2019

「全天候照顾两子女」27岁妈熬夜滑手机猝死!双眼仍盯着购物网

中国一名27岁妈妈全天候照顾两子女,直至孩子睡了才熬夜玩手机,谁料引起突发心源性疾病猝死。

Selebriti Wed, 4 Oct 2023

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Tugas lelaki adalah untuk melindungi, mendidik dan provide kepada wanita

error: Content is protected !!