Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 22, 2023 @ 1:15pm

Saling Titip Kata Manis Di IG, Anak Khazrul Beri Ucapan Penghargaan Buat Zarina Anjoulie – “Mak Tiri Berhak Dapat Penghormatan Macam Ibu Kandung”

Anak perempuan Datuk Seri Khazrul Elsey iaitu Syareen Khazrul kelihatan memberikan ucapan penghargaan kepada tunang bapanya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Syareen berterima kasih kepada aktres berkenaan yang kini dipanggil sebagai Mama kerana selalu berlaku baik terhadapnya.

Menurut Syareen, setiap ibu tiri patut diberikan penghormatan sepertimana yang diterima oleh ibu kandung, kerana mereka juga turut sama memberikan masa, tenaga dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada anak-anaknya.

“Thank you mama @anjoulielavocah1 sebab selalu baik dengan Syareen.

“Ibu tiri berhak menerima penghormatan yang sama di terima oleh ibu kandung. Mereka memebrikan tenaga, kasih sayang dan tenaga kepada anak-anak mereka walaupun anak tersebut bukan darah daging mereka. 

“Ibu tiri tidak melakukan itu hanya kerana mereka bergelar ibu tiri / terpaksa,  tetapi mereka memberikan kasih sayang dan sanggup berkorban kerana mereka sendiri yang mahu,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen berkenaan, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju turut menzahirkan ucapan kasih sayang buat anak tuanngnya itu.

“Love you my little sweetheart,” tulisnya.

Terdahulu, Anju memaklumkan bahawa dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal perkahwinan.

Bahkan, berserah dan percaya bahawa jodoh itu aturan Allah SWT meskipun memiliki niat untuk berkahwin.

Artikel Berkaitan: Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak, Zarina Anjoulie Sudah Bertunang Kali Kedua Dengan Elzey?

Artikel Berkaitan: Cinta Kembali Bertaut, Zarina Anjoulie Dedah Individu Cuba Kikis Duit Kekasih… Siap Bagi ‘Warning’!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Memang Cari Lelaki Poket Tebal…” – Serik Bela Biawak Hidup, Zarina Anjoulie Jawab Dakwaan Dah ‘Get Back’ Dengan Bekas Tunang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Terima Upah RM166, Andi Bernadee Terkejut Peminat Sanggup Bayar untuk ‘Servis’ Kejut Sahur

Tak sangka peminat ambil serius, Andi Bernadee terima SGD50 upah kejut sahur

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Luna Maya Beri ‘Hint’ Bakal Kahwin Jutawan Malaysia?

Ehem…betul ke ni? Kalau betul, Alhamdulillah!

Hiburan Sun, 14 May 2023
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Afgan Kecewa Dengan Kekasih?

Haa, jangan kecewa lagi sama Mbak Rossa ya Gan?

Hiburan Tue, 4 Jul 2023

Shuib Maafkan Individu Dakwa Ahli Freemason & Kaitkan Kematian Arwah Siti Sarah

Alhamdulillah, tahniah sebab berani bersemuka dengan Shuib! Semoga jadi pengajaran buat semua.. 😌

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Ini Respon Win Intan Liana Bila Tahu Izreen Azminda Mengandung

Bukan main lagi Intan eh, dah ada pengganti ke tu?

error: Content is protected !!