Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 14, 2023 @ 4:01pm

Raya Heist, Rompakan Dendam Tiga Sekawan Pada Malam Raya Di Tonton

Tonton membawakan sebuah telefilem berjudul Raya Heist yang dilakonkan oleh Fad Bocey, Nora Danish, Hazama dan ramai lagi.

Raya Heist mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Borhan (Fad Bocey) , Dollah (Hazama) dan Nor (Nora danish) yang membesar bersama dan melalui pelbagai detik bersama termasuklah menjalankan aktiviti nakal seperti mencuri kambing dan hasil tanaman orang kampung.

Namun mereka terpaksa berpisah selama 25 tahun kerana membawa haluan hidup masing masing.

Detik pemergian mentor mereka, Ustaz Hashim mencetuskan penyatuan kembali tiga sekawan ini dan mereka berjumpa di majlis pengebumian Ustaz Hashim.

Hj Osman (Aziz M Osman) yang merupakan seorang ahli perniagaan dan orang kaya di kampung itu dipercayai menjadi punca serangan jantung Ustaz Hashim serta dikatakan menipu bukan sahaja Ustaz Hashim malah ramai lagi orang kampung.

Setelah mendapat tahu punca kematian mentor tersayang itu, Borhan nekad untuk membalas dendam ke atas kematian Ustaz hashim dan turut disertai oleh Dollah dan Nor walaupun dalam keadaan yang berat hati.

Menurut buah mulut orang kampung, Hj Osman memiliki jongkong emas yang disimpan di dalam peti besi dan emas itulah yang menjadi sasaran tiga sekawan itu berserta bantuan dari rakan mereka yang merupakan pakar gajet, Amir (Amir Raja Lawak).

Tiga sekawan itu merancang untuk merompak ketika Hj Osman mengadakan kenduri marhaban di rumahnya pada malam raya.

Mampukah rompakan mereka berjaya dan dapat membalas dendam ke atas kematian mentor mereka?

Telefilem ini boleh di strim eksklusif hanya di Tonton mulai 10 Mei 2023 .

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Tue, 28 Nov 2017

Mommy Mas Idayu Tengking Kak Ros Hingga Terkejut

Kalau peserta siap mental dan fizikal, mereka akan terima dengan hati terbuka untuk kebaikan mereka

Trending Sat, 8 Dec 2018

Jentera Pengorek Memanjat Menara di Vienna, Austria.

Menara khas dibina bagi membolehkan jentera pengorek ini ‘memanjat’.

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

[VIDEO] Luah Rasa Kecewa, Ellie Suriaty Dakwa Hilang Tawaran Kerja Gara-Gara Kontroversi Difitnah Imran Bard

Ellie mengaku tertekan susulan kontroversi dikaitkan dengan video Imran Bard

Featured Thu, 29 May 2025

“Ibadah Paling Syaitan Benci Adalah Perkahwinan Yang Halal” – Fynn Jamal

Perkahwinan jadi isu paling ditakuti genyerasi muda.

Hiburan Thu, 25 Apr 2024
Featured Fri, 9 Sep 2022
error: Content is protected !!