Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain February 14, 2023 @ 4:16pm

Netizen Tak Suka Farisha Iris Rapat Dengan Niezam Zaidi, Ini Respons Padu Empunya Badan – “Saya Kat Sini Terasa”

Kerap memuat naik video bersama, penyanyi Farisha Iris tampil meluahkan rasa kecewanya apabila terdapat segelintir pihak yang kurang senang melihatnya dengan pelakon Niezam Zaidi.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Farisha menerusi sebuah hantaran di TikToknya, semalam.

Menurut Farisha, dia terasa dengan sikap segelintir netizen yang menyatakan dirinya tidak sesuai untuk bersama dengan pelakon lelaki itu.

“Ramai yang komen, kenapa ambil crush dia, boyfriend dia, tunang dia. No comment, saya minta maaf. Dan ada juga yang komen, bukan dia dengan tu ke? Bukan Niezam dengan itu ke ini ke? Alamak, Niezam sesuai lagi dengan itu.

“Saya baca, macam terkejut. Korang janganlah cakap macam tu. Saya kat sini terasa sebab saya lebih mengenali Niezam,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Tak Malu itu bagaimanapun menyatakan dia dan Niezam hanya bersahabat baik.

“Saya dengan Niezam bersahabat baik je. InshaAllah, kami tak ada apa-apa yang lebih pun sebenarnya. Berkawan baik sahaja, tapi dia sahabat baik saya.

“Dia sahabat yang paling saya rapat, yang saya hormati dan doa-doakanlah kan. Kalau ada video yang best mesti saya akan kongsikan. Jangan komen-komen macam tu, nanti saya nangis,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Mon, 18 Mar 2024

“Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Alamak, ni dah kes lain ni bila masing-masing saling berbalas komen di media sosial 😱

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Trending Sun, 1 Dec 2019

Dipercayai Hampir 10 Kesan Cucuk, KKM Tampil Siasat Isu Tangan Bayi

Kesiannya lihat tangan bayi kecilmempunyai kesan suntikan yang banyak.

Trending Mon, 18 Apr 2022

“Saya Tidak Didatangi Oleh Sesiapa…” – Debat Najib & Anwar Tidak Ada Libatkan Kerajaan, Kata Menteri K-KOMM

Debat Najib dan Anwar yang dikatakan berlangsung pada 12 Mei tiada penglibatan daripada kerajaan.

#SkoolXTRA Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Sat, 16 Aug 2025
error: Content is protected !!