Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 28, 2025 @ 5:39pm

[VIDEO] Neelofa Puji Aisyah Aziz Wanita Lemah Lembut, Pandai Bawa Diri – “Dia Tak Banyak Songeh, Easy Going”

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa menyifatkan birasnya, penyanyi, Aisyah Aziz seorang yang sangat lemah lembut dan ‘easy going’.

Menerusi temu bual bersama Nona, Neelofa berkata Aisyah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan setelah menjadi isteri kepada suaminya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir yang merupakan abang kepada pendakwah bebas, PU Riz.

“Dia seorang yang lemah lembut, baik, tak banyak songeh. Dia seorang yang mudah sesuaikan diri kepada perubahan. Tak ada nak banyak hal.. very easy going,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, ibu anak dua ini turut mengatakan dia sudah lama mengetahui tentang hubungan Aisyah dan Fakhrudin, sekali gus mendoakan agar kedua pasangan itu melalui bahtera perkahwinan mereka dengan baik.

“Saya dah tahu lama, saya hormati hubungan mereka. Selagi tak ada akad, tak tahu apa terjadi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Mereka pun tinggal dekat dengan rumah saya. Kita doakan supaya mereka melayari perkahwinan dengan mudah dan baik,” ujarnya.

Sekadar info, Aisyah dan suaminya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail mendirikan rumah tangga pada 11 April lalu.

@nona.my

Siapa menyangka Neelofa akan berbiras dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz bukan? Neelofa sempat diaju perasaannya menerima ahli keluarga baru, serta berkongsi karekter biras dan abang iparnya itu di sebuah majlis semalam. #majalahnona #neelofa #aisyahaziz #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #fypシ゚ #foryoupage

♬ original sound – NONA – NONA

Sumber, kredit video: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Feb 2022
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Memang Jarang Jumpa Tapi Hubungan Masih Baik

Betulkah tiada masalah komunikasi kerana jarang bertemu, tetapi itulah yang diyakinkan oleh pasangan ini

Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Wed, 20 Jun 2018

Pembantu Trump Undur Diri?

Nampaknya Joe juga mengucapkan selamat tinggal kepada presiden AS itu! Beliau juga menyertai senarai panjang bekas petugas yang mengundurkan diri dari Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu, sama ada secara sukarela atau kerana dipecat.

Hiburan Wed, 11 Mar 2020
Hiburan Wed, 22 Oct 2025

Johan Teroka Dunia Automotif, Buka Kedai Motosikal Elektrik GGR

Johan kembangkan bisnes, lancar Motosikal Elektrik (EV) GGR

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Featured Thu, 21 May 2026

Aznil Nawawi Buka Tabung Kutip Dana Buat Adrian Adam – “100 Peratus Bertujuan Untuk Perubatan & Saraan”

Pak Nil prihatin dengan nasib yang menimpa anak Amyza Aznan, Adrian Adam.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Britney Spears Bakal Berkahwin Lagi?

Third’s time a charm? Mungkin!

Hiburan Mon, 9 Aug 2021

Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi. Khabar sedih ini dimaklumkan oleh suaminya, pelawak Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram […]

error: Content is protected !!