Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 28, 2025 @ 3:37pm

Aazief Khalid Akhirnya Selamat Bertunang

Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid selamat mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Izza.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, usahawan dan pempengaruh media sosial yang juga abang kepada Aazief, iaitu Asyraf Khalid berkongsi detik manis tersebut yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

“Adik saya selamat bertunang, Tahniah buat Aazif dan pasangannya, @thisisizza.

“Semoga Alalh SWT merahmati dan memberkati perjalanan ini,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Video pendek berdurasi kurang satu minit itu turut memperlihatkan kelibat Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa,  Tengku Zawyah dan suami serta anak lelaki mereka iaitu, Muhammad Anas Zawawi dan Muhammad Adib.

Sebelum ini, Aazief pernah menjalin hubungan cinta bersama pempengaruh popular, Tyra Kamaruzzaman sebelum berpisah pada tahun 2019.

Dan, pada tahun 2020, Aazief sekali lagi mencuri perhatian apabila mengesahkan dirinya sedang hangat bercinta dengan pempengaruh dan pelakon, Sharifah Rose.

Tidak habis disitu, anak bongsu dari empat beradik ini juga pernah dikaitkan dengan pelakon jelita, Amelia Henderson selepas kelibat keduanya dilihat hadir menyaksikan konsert Siti Nurhaliza di Genting Highlands.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

TAHNIAH! Sasqia Dahuri Kini Milik Asyraff Khan

Tahniah Sasqia dan suami, cantik sangat gambar-gambar kahwin mereka!

LIFESTYLE Sat, 1 Sep 2018

Whoops…Ini Tanda Kamu Sedang ‘Date A Playboy’

Lelaki Playboy. Pernahkah anda mengenal ciri-ciri Lelaki Playboy ? Jika tidak pernah jom ketahuinya di sini..

Selebriti Fri, 7 Jul 2023
Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Events Thu, 28 Feb 2019
error: Content is protected !!