Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2024 @ 5:56am

Bangga Bakal Terlibat Dalam Konsert Udit Narayan, Kilafairy Anggap Sebagai Penghargaan Buat Arwah Ibu

Pelakon dan penyanyi Kilafairy meluahkan rasa terharu dan bangga dapat menyertai Konsert Udit Narayan In KL yang bakal berlangsung pada 28 Disember ini.

Anak kepada Allahyarham Rohana Jalil itu menyatakan jika ibunya masih hidup, pasti dia akan berasa bangga dengan pencapaian tersebut.

“Saya mahu arwah ibu menjadi saksi pembabitan saya dalam konsert yang epik dan penuh sejarah ini. Jika beliau masih ada, pastinya dia akan merasa sangat gembira,” ujar Kilafairy, atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan.

Selebriti berusia 32 tahun ini diberi penghormatan untuk berkongsi pentas bersama ikon muzik Bollywood, Udit Narayan. Menurut pihak penganjur, VVST Digital Creation, Kilafairy dipilih kerana kredibilitinya sebagai penyanyi yang fasih dalam lenggok muzik Bollywood.

Kilafairy menyifatkan peluang ini sebagai satu anugerah besar dalam kerjaya seninya.

“Udit Narayan adalah figura yang sangat istimewa buat saya. Sebagai peminat tegar Shah Rukh Khan, kebanyakan lagu dalam filem SRK dinyanyikan oleh Udit, jadi ini ibarat mimpi jadi kenyataan. Apabila dilamar untuk menyertai konsert ini, saya terkejut, teruja, dan pada masa yang sama, berasa takut kerana perlu berkongsi pentas dengan seorang legenda,” katanya.

Malam konsert tersebut, Kilafairy akan menyampaikan sebuah lagu solo dan dua lagu duet bersama Syamel dan dia kini giat menjalani latihan vokal serta mempelajari teknik lenggok nyanyian Bollywood yang jauh berbeza daripada gaya nyanyian Melayu.

“Lenggok nyanyian Hindustan memerlukan penghayatan mendalam. Malah, antara lagu Tamil dan Hindi sendiri ada perbezaan lenggok. Jadi, latihan intensif amat penting untuk memastikan saya menyampaikan yang terbaik,” katanya.

Menyentuh tentang penglibatannya dalam dunia Bollywood, Kilafairy mendedahkan bahawa dia telah mendalami lagu-lagu Bollywood sejak kecil lagi.

“Saya mula menyanyi lagu Bollywood sejak usia lapan tahun. Menonton filem Bollywood pula sudah seperti tradisi keluarga kami. Saya banyak belajar tentang lakonan dan emosi melalui filem-filem ini, terutamanya ketika menonton bersama arwah ibu,” katanya.

Tambahnya, filem seperti Kabhi Khushi Kabhie Gham membawa kenangan manis bersama keluarga dan lagu-lagu Udit Narayan daripada filem seperti Devdas, Mann, dan Taal meninggalkan kesan mendalam.

“Lagu-lagu Udit benar-benar menusuk jiwa. Filem seperti Mann yang ibu saya suka juga mempunyai nilai sentimental tersendiri. Saya menaruh harapan agar konsert ini berjalan lancar.

“Saya akan tampil dalam busana bertemakan Bollywood rekaan Shanell Harun. Penampilan saya akan sederhana tetapi elegan, sesuai dengan tema dan imej saya,” katanya.

Konsert Udit Narayan In KL akan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024. Udit Narayan, yang terkenal dengan gelaran Raja Melodi dan memiliki lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa, akan membawa peminat ke era kegemilangan Bollywood. Tiket boleh didapati di myticket.asia atau dengan menghubungi VVST Digital Creation di [email protected].

Penganjur juga menegaskan bahawa pembatalan konsert Udit Narayan di Pulau Pinang baru-baru ini tiada kaitan dengan pihak mereka dan memberi jaminan konsert di Kuala Lumpur akan berlangsung seperti dirancang tanpa sebarang masalah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Featured Mon, 13 Mar 2023
Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua Sekolah Rendah Akan Dibuka Hujung September Ini

Akan ada waktu persekolahan yang baru okay!

Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Featured Wed, 10 Aug 2022

“Putih & Idaman Para Gadis, Please Drop Your Armpit Routine!” – Amelia Henderson Dedah Terima Komen Pelik Mengenai Ketiak

Ni paling win! 🤣🤣 Ramai betul yang minta tips jaga ketiak daripada Amelia 🤣🤭 Ghisauuuu! 🤭

Events Thu, 11 Oct 2018

Ikuti Pengembaraan Dora The Explorer Kini Di Malaysia

Jom ikuti pengembaraan Dora bersama Diego!

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

‘Minta Maaf Atau…’ – Linda Rafar Mahu Saman Netizen

Saya tak pernah berasa menyesal dengan apa dibuat. Saya hanya mempertahankan hak ibu. Lagi pula, ini bukan untuk kepentingan saya seorang tetapi orang lain juga yang pernah mengalami nasib sama.

error: Content is protected !!