Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 29, 2025 @ 2:00pm

Living Legend! Diiringi 13 Pemuzik Terbaik Tanah Air, Konsert Solo Amy Search Memukau

Legenda rock tanah air, Amy Search sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ikon muzik apabila berjaya memukau ribuan penonton dalam konsert solonya yang berlangsung penuh gemilang pada, Ahad.

Meskipun bertembung dengan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan gergasi, Johor Darul Taazim (JDT) dan Pahang FC, namun itu tidak menjadi penghalang untuk peminatnya berkumpul bersama menyaksikan konsert solo ‘The living legend’ ini.

Menghangatkan pentas dengan 7 buah lagu popular diawal tahun 90-an iaitu, Apa Saja, Suralaya D Major, Kau Bukan Sadura, Ghairah, Aku, Gita Rama Sita dan Mengintai Kelawar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Lagu wajib ‘Sing along’

Diiringi barisan 13 pemuzik profesional tanah air, termasuk pemain gitar tersohor Man Kidal dan pemain dram hebat, Pae dari kumpulan Wings, ternyata persembahan selama hampir dua jam itu dipenuhi dengan lagu-lagu malar segar seperti Isabella, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Gilakan Kau, Kau Kepala Sotong, Apache, Kongkang, Rentak Laguku, Kalimah Cinta, Kerja Gila, dan Tiada Lagi yang mengundang sorakan gemuruh daripada peminat pelbagai generasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Malah, susana lebih gamat apabila Amy bertindak turun dari atas stage untuk menyanyi bersama-sama peminatnya.

Dengan visual pentas yang memukau dan sistem audio berkualiti tinggi, konsert ini bukan sahaja menyajikan nostalgia, malah memberi nafas baharu kepada lagu-lagu lama yang tetap relevan hingga kini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 13 Jul 2024

“Saya Tak Pernah ‘Check’ Phone Suami..”- Marsha Milan Akui Memilih Hidup Berteraskan Kepercayaan

wah bagus lah yang penting ada kepercayaan antara satu sama lain kan

Trending Mon, 8 Apr 2024
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Trending Tue, 17 Apr 2018

Takut Tidur Sendirian Alasan Remaja Ini Berkahwin Di Bawah Umur

Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.

Hiburan Fri, 2 May 2025
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

PU Abu Mohon Maaf Dengan Anak

Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.

Featured Mon, 29 Aug 2022

Diminta Pergi Mamp*s Gara-Gara Tanggalkan Hijab, Ini Respons Elyana

Kita doakan yang baik-baik jelah…. Don’t judge!🥱

error: Content is protected !!