Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom April 17, 2018 @ 2:43pm

Takut Tidur Sendirian Alasan Remaja Ini Berkahwin Di Bawah Umur

Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.

Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini. 

Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.

Foto : Bump Baby and You

Permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.

Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.

Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.

Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.

Foto : Huffington Post

Sumber: Sayang Sabah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 2 Aug 2018
Hiburan Fri, 28 Apr 2023
Trending Mon, 20 Sep 2021

Bersembunyi Di Kondominium Mewah, Sajat Sudah Ditahan Pihak Imigresen Thailand

Usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, dilaporkan sudah ditahan oleh pohak imigresen Thailand pada 8 September lalu. Penahanannya dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand selepas mendapat informasi mengenai keberadaan Sajat […]

Featured Fri, 21 Oct 2022
Hiburan Tue, 6 May 2025
Trending Sun, 8 Jul 2018

Tabung Derma Dibekukan?

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

Featured Mon, 1 Mar 2021

Lanjutan PKP 2.0 Bakal Diketahui Pada Hari…

PKP dilanjutkan atau tidak?

error: Content is protected !!