Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 12:31pm

“Saya Ada Segala Bukti ‘Permainan’ Awak, Berhentilah Cemburu!” – Nabila Huda Jijik Dengar Panggilan Ibu Tiri

Pelakon versatile Nabila Huda menegaskan tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search.

Kata Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil, tidak wujud sebarang konflik antara dia dengan bapanya meskipun sudah lama terpalit dengan isu keluarga melibatkan ibu tirinya, Nourish Hassan.

“Sebenarnya, saya dan papa tidak ada masalah langsung dari dulu sampai sekarang.

“Kami sentiasa okey dan tiada pergaduhan besar. Cuma, masalahnya ‘perempuan itu’,” katanya.

Nabila berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui usai Tayangan Malam Gala Filem Gayong yang di adakan di GSC, Midvalley Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai isu membabitkan ibu tirinya, Nabila bagaimanapun jijik menggelar wanita itu sebagai ibu tiri sebaliknya lebih selesa dengan panggilan ‘perempuan itu’ sahaja.

Jelasnya, dia hanya mempunyai seorang ibu yang mana wanita berkenaan adalah ‘cinta pertama’ ayahnya.

Tidak habis disitu, Nabila juga mendedahkan dia mengetahui segala tindak tanduk dan ‘rahsia’ Nourish selama ini, sekaligus memberi amaran agar wanita tersebut berhenti menabur fitnah dan mencetuskan provokasi.

“Minta maaf ya saya rasa nak termuntah dengar nama itu. Saya cuma ada seorang emak dan dia adalah cinta pertama ayah saya, Suhaimi Abdul Rahman.

“Saya tidak merajuk. Buat apa saya nak merajuk? Dia macam ni, segala apa yang berlaku, apa yang boleh saya cakap adalah semuanya tentang perempuan itu (ibu tiri)

“Pesanan buat perempuan itu. Saya cuma nak awak tahu, saya tahu semuanya rahsia awak, saya tahu semua apa yang berlaku, saya ada segala-galanya (bukti) jadi, berhentilah membuat apa yang awak tengah buat sekarang.

“Kita ni tak kira apa status sekalipun, tinggi langit ke apa. Yang penting sekali adab. Untuk pengetahuan awak wahai perempuan itu, satu industri bencikan awak, semua orang tak selesa dengan awak. Tapi awak jangan risau, awak ada masa lagi nak perbetulkan kesalahan awak.

“Jangan risau, saya juga tidak ada niat untuk rampas harta papa saya. Saya memang berdiri dengan kaki sendiri, saya tak perlukan semua benda tu. Lagipun semua orang tahu saya memang dari dulu berkerja keras cuma, saya mahu menumpang kasih sayang seorang ayah sahaja. Dan, kenapa susah untuk awak terima.

“Berhentilah untuk cemburu, buanglah sikap busuk hati. Kita ni hidup sementara jadi sebelum apa-apa yang berlaku, baik awak hentikan. Sebelum ramai orang akan investigate siapa diri awak yang sebenarnya,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Terdahulu, perkongsian Nabila Huda menerusi platfrom Threads miliknya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terkesan melihat momen anak beranak itu berpelukan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Pernah Habis Dari Saya Kecil Sampai Besar” – Sebak! Nabila Huda Reda Terpisah Dengan Bapa

Dalam perkembangan lain, selain Nabila, Filem Gayong juga turut menampilkan barisan pelakon hebat tanah air dan Indonesia antaranya, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian, Syafie Naswip, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

Filem aksi drama dan biografi ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 8 Mei ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Sep 2020

Fedtri Yahya Terbabit Kemalangan, Isteri Mohon Doa Suami Lekas Sembuh

Semoga yang baik-baik sahaja buat abang Fedtri Yahya

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Wed, 5 Jul 2023

“Terima Kasih Telah Mendukung Saya” – Akaun Instagram Tinggal Satu Gambar, DP Lenyap… Ada Apa Dengan Judika?

Alamak! Judika ok ke tak ni? Hm.. ke ada nak umum berita gembira buat kita semua?

Hiburan Wed, 16 Jul 2025

Amy Search, Isteri Hadir Balai Polis Shah Alam Raih Tumpuan

Amy Search, isteri ke IPD Shah Alam dipercayai bersama peguam

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Sharifah Amani Bagi Warning?

Namun, sebaik sahaja ditanya oleh netizen filem manakah yang mengundang spekulasi pelakon popular Gubra ini, Amani bagaimanapun tidak menjawab persoalan tersebut dengan hanya berdiam diri

Trending Thu, 13 Dec 2018

10个「让你完全活在自己世界」的隐世豪宅

10个让你完全活在自己世界的隐世豪宅!

Featured Fri, 3 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: 5 Peserta Paling ‘Meletop’ Dengan Tontonan Video Tertinggi

Pencarian bakat paling hangat #xtraxstar2025 kini semakin meriah apabila persaingan peserta kian sengit dengan pelbagai persembahan kreatif dan luar biasa.

Featured Mon, 31 Oct 2022

Kembali Dengan Single Romantis, ‘Bahagia Milik Kita’ Notasi Indah Syamel

Penyanyi Syamel kembali dengan single romantis terbaharu berjudul ‘Bahagia Milik Kita’ hasil ciptaannya sendiri bersama penyanyi dan penulis lagu berpengalaman, Yuka Kharisma. Single terbaharu bernuansa balada pop dalam notasi romantis ini merupakan idea Syamel sendiri bersama […]

Hiburan Thu, 13 Feb 2020

[VIDEO] Wajib Pergi! Ini Dia Kedai Makan P. Ramlee Yang Pasti Imbau Nostalgia Lama

Antik betul perhiasan kedai ni. Saksikan Malaysia Hari Ini untuk lebih lanjut.

error: Content is protected !!