Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 16, 2025 @ 11:54am

Amy Search, Isteri Hadir Balai Polis Shah Alam Raih Tumpuan

Perkongsian terkini isteri penyanyi, Datuk Amy Search iaitu Datin Norhasniza Hassan mencuri tumpuan ramai.

Menerusi hantaran tersebut, isterinya yang mesra dikenali sebagai Norish itu memuat naik foto dia dan suami bersama beberapa individu dipercayai peguam mewakili mereka.

Foto tersebut memaparkan Amy, isteri dan tiga lagi individu lain dipercayai berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Bagaimanapun, tujuan mereka ke balai polis tersebut tidak dinyatakan.

“With respected Datuk Reza dan Datin Riza. Great to see you both, thank you,” tulis isterinya ringkas.

Sebelum ini, industri hiburan heboh menjadi perbualan selepas penyanyi, Shila Amzah mendakwa menerima serangan daripada Amy ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka, baru-baru ini.

Serangan tersebut dipercayai berpunca susulan kenyataannya di platform X yang menyatakan sokongan terhadap aktres versatil, Nabila Huda mengenai isu ‘perempuan itu’ berhubung ibu tirinya.

Artikel Berkaitan: Isu Serang, Shila Amzah Buka Mulut – “Dia Bapa Kepada Nabila Huda”

Artikel Berkaitan: “Tahulah Apa Nasib Kau Nanti!”- Herdikan Penyanyi Lelaki Legenda Buat Shila Amzah Rasa Gelisah!

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Pertahan Amy Search, Didakwa Sindir Individu Cetus Kontroversi – “Semua Dia Dah Dapat Tapi Biar Suami Kena Caci”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Events Wed, 4 Jul 2018

Apa Jadi Dengan Sotong ‘Tukang Tilik’ Musim Piala Dunia?

Nampaknya, Rabiot mengikut jejak langkah sotong popular terdahulu, Paul The Octopus yang popular pada Piala Dunia 2010.

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Sempena Ramadan, Fattah Amin Lancarkan Lagu Zikir Eksklusif

Sejuk hati dengar lagu zikir Fattah Amin

Trending Mon, 5 Nov 2018

5个时尚悲剧「别人VS自己」

不知道各位少女们有没有这样的感觉,明明都是同样的单品,对方穿起来很好看,但穿在自己身上就很悲剧……

Featured Mon, 5 Sep 2022
Featured Wed, 1 Jun 2022

“Hari-Hari Tanya ‘New Papa’…” – Lufya Akui Masih Belum Terbuka Hati

Tak kisahlah single ke ada pasangan ke asalkan hidup bahagia je kan 😊

error: Content is protected !!