Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 8:20pm

[VIDEO] Hubungan Dengan Marissa Dania Kembali Jernih, Abby Abadi Syukur Tak Hilang Anak

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi akhirnya boleh menarik nafas lega susulan konflik bersama anak perempuannya, pempengaruh dan model, Marissa Dania kini selesai.

Menerusi sebuah sesi siaran langsung di TikTok, Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 48, memaklumkan hubungannya bersama Marissa kini baik-baik saja.

Mengulas lebih lanjut, aktres filem Gerak Khas ini menjelaskan dia enggan bertanya lebih lanjut mengenai konflik sebelum ini terhadap anaknya kerana enggan menyakitkan hati mana-mana pihak lagi.

Abby juga memilih untuk berdamai dengan takdir dan ketentuan illahi, asalkan tidak kehilangan anak perempuannya itu.

“Alhamdulillah, antara saya dengan dia semuanya okay saja sebab saya tak tanya banyak benda.

“Saya tak nak mengguriskan hati siapa-siapa. Kehidupan jalan saja macam biasa sebab ada benda yang boleh ditegur, tapi ada juga benda yang tak nak dengar walaupun ditegur.

“Jadi kita biarkan, paling penting saya ada anak saya, tak hilang dia,” katanya yang turut memaklumkan akan membuat siaran langsung bersama Marissa.

@candyta_shop6

Abby Abadi akan LIVE bersama anak perempuannya Marissa pada Hari Ibu nanti. Ayat terakhir sangat tersentuh 🥹🥹🥹 Semoga yg baik2 shj utk abby abadi sekeluarga #fyp

♬ original sound – By Ciksri – CANDYTA SHOP

Sebelum ini, nama Abby hangat menjadi perbualan ramai di media sosial ekoran konflik keluarganya bersama anak, Marissa Dania dan bekas suami, aktor Norman Hakim.

Malah, Abby turut membuat pendedahan mengejutkan mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga bersama Norman yang dipukul sehingga separuh mati.

Bagaimanapun, kemelut antara mereka selesai selepas Norman datang bersama Marissa memohon maaf kepada Abby atas segala kekhilafannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Apr 2026

Isu Hak Lawatan Fatima, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin – “Tak Ada Sebab Kenakan Tindakan Pada Fazura”

Susulan isu tular di platfrom Threads berkenaan tindakan undang-undang yang diambil pelakon Fattah Amin terhadap bekas isterinya, Fazura peguam yang mewakili aktres itu iaitu akhrul Azmam Abu Hassan akhirnya tampil memberikan respons.

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

[VIDEO] Luah Rasa Kecewa, Ellie Suriaty Dakwa Hilang Tawaran Kerja Gara-Gara Kontroversi Difitnah Imran Bard

Ellie mengaku tertekan susulan kontroversi dikaitkan dengan video Imran Bard

Featured Wed, 13 May 2026

“Bukan Niat Nak Gunakan Kesempatan Yang Ada” – Aliff Syukri

Aliff Syukri nafi ambil kesempatan di atas kesusahan yang ditanggung orang lain.

Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Featured Thu, 27 Feb 2025

Makin Berani Pamer Cinta, Ameera Khan Tayang Seluar Jeans Tertera Pangkal Huruf ‘J’ & ‘N’

Ameera Khan makin berani pamer cinta jahit jeans tertera nama Jefri Nichol.

Hiburan Thu, 13 Jul 2023

Cristiano Ronaldo Beri Salam, Alif Satar Respons: “Come On Brother, Repeat…”

InsyaAllah, mana tahu buka pintu hati CR7 satu hari nanti

error: Content is protected !!