Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal February 18, 2018 @ 7:16am

‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

Pelakon popular era 80-an yang dikenali menerusi filem Ali Setan, Azmil Mustapha meninggal dunia sekitar pukul 1 tengah hari pada 14 Februari 2018  di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Menurut adik kepada Allahyarham, Aziq Mustapha, arwah difahamkan meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan. 

Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada November tahun lalu kerana sesak nafas.

Bintang filem yang turut dikenali menerusi filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 65 tahun.

Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima orang anak.

Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. 

Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Foto: Google

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 7 Apr 2025

Marsha Milan Bawa Kesedihan Puteri Balqis Dalam Drama Keluarga Itu Menerusi ‘Tangisan Seorang Pendosa’

Dengar lagu ni pun dah rasa full of emotion. Geram ek watak Iman ni!

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kita hidup hanya sementara, buang jauh benci dan sengketa

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

BTS ARMY! Peminat Jimin Bangga, Raih King Of K-Pop 2019

Peminat Jimin confirm histeria kan?

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Hiburan Mon, 29 Jul 2024
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Yoo Jae Suk Becomes a Detective in New Show on Netflix

It seems like this will be another amazing show to follow. Lee Kwang Soo will be in it too!

Featured Fri, 12 Jul 2024

Gagal Lunas Pinjaman, Jovian Mandagie Diarah Bayar RM10 Juta

Fuh, bagi pinjaman juta-juta guna lisan je san tanpa black & white 👀

error: Content is protected !!