Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 8:24pm

Duerra Matilda Kecewa Netizen Buat Gurauan Isu Watak Dhini Jadi Mangsa Haruan Makan Anak – “Langsung Tiada Hormat Pada Saya”

“Langsung tiada hormat pada saya dan mangsa-mangsa,”

Demikian kenyataan pelakon remaja, Duerra Matilda mengakui kecewa dengan gurauan segelintir netizen terhadap isu sensitif mengenai haruan makan anak.

Duerra yang memegang watak sebagai Dhini dalam drama rantaian Keluarga Itu ini meluahkan rasa kesal apabila netizen meninggalkan komen berbaur negatif terhadap video memaparkan dirinya sedang menari.

Artikel Berkaitan: Duerra Mitilda Kongsi Video Menari… Ramai Netizen Kecam, Ada Juga Pertahankan

“Bila baca semua komen di setiap video Duerra ni mesti ada ‘patutlah Rosyam Nor gigit bibir’. Rasanya macam tak perlu sebab agak annoying walaupun bergurau,” tulis seorang netizen.

Gadis berusia 15 tahun ini turut bersetuju dengan komen individu tersebut yang tidak menafikan dirinya terkesan terhadap komen netizen yang seolah-olah tidak menghormati kehidupannya.

“Memang annoying dan kecewa sebab komen gurau yang sama berulang-ulang. Padahal drama tu sensitif isu tapi netizen buat gurau pada kehidupan realiti saya.

“Langsung tiada tanda hormat terhadap saya dan mangsa-mangsa sebenar di luar,” katanya membidas netizen.

@duerramitilda

pov : dance battle 🫵🏻 #fypシ #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #2025 #viral #tiktok #dancebattle #battle #dancebattlecompetition #artist #actress #dancer #model #singer #prefect #duerramitilda

♬ KU LO SA – Oxlade & Camila Cabello

Dalam pada itu, drama Keluarga Itu yang menampilkan lakonan hebat Duerra bersama bintang berbakat lain seperti, Fattah Amin, Datuk Rosyam Nor, Datin Paduka Umie Aida, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Izara Aishah, Muaz Zabir dan ramai lagi sedang hangat disiarkan.

Jangan lupa saksikan drama Keluarga Itu pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

“Sila Ukur Baju Di Badan Sendiri” – Asfan Shah

Asfan Shah tidak menyalahkan mana-mana individu jika mereka memilih untuk menggayakannya.

Trending Wed, 8 May 2024
Hiburan Fri, 28 Nov 2025

“Mana-Mana Saya Pergi Ramai Yang Tunjukkan Kasih Sayang..”- Engku Emran

Emran berseloroh, tempoh pemulihan itu secara tidak langsung membuatkan dirinya menerima perhatian ‘luar biasa’ daripada kaum wanita di sekelilingnya.

Selebriti Mon, 15 Feb 2021
Featured Tue, 2 Dec 2025

Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama Selepas 8 Tahun Menanti

Penyanyi Indah Ruhaila berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia akhirnya hamil anak pertama selepas lapan tahun penantian.

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Kata-Kata Ahmad Dhani Menerusi Surat Dari Penjara Bikin Sebak

Semoga Ahmad Dhani dan keluarga terus kuat!

Trending Sun, 16 Aug 2020
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
error: Content is protected !!