Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 8:30pm

[VIDEO] “Syukur Kalau Gaji Dia Tinggi, Pasangan Bukan Saingan Saya” – Amira Othman Lebih Selesa Jadi ‘Support System’ Dalam Hubungan

Penyanyi jelita, Amira Othman meluahkan pandangannya mengenai peranan wanita dalam hubungan dan rumah tangga, sekali gus menegaskan dia tidak pernah menganggap pasangan sebagai saingan.

Dalam satu temubual bersama Nona, Amira berkata, wanita sepatutnya menjadi tulang belakang dan sistem sokongan terbaik kepada pasangan, bukan pesaing dalam kehidupan.

“Pasangan saya bukan saingan saya, saya bukan ingin bersaing dengan pasangan saya malah jadi support system yang baik untuk pasangan saya susah dan senang, sihat dan sakit, Insya-Allah,” jelasnya.

Pelantun lagu Hati-Hati itu juga menekankan sekiranya pasangannya mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, dia menganggap ia sebagai satu rezeki dan tidak pernah timbul rasa iri atau ingin berlumba-lumba.

“Kalau dia bergaji tinggi…Alhamdulillah, saya anggap itu adalah rezeki dan pasangan saya bukan saingan saya lah,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, nasihat ayahnya turut menjadi pegangan hidup yang sering mengingatkan anak-anak perempuan untuk supaya bersikap reda dan menyokong pasangan masing-masing.

“Ikut pesanan abah saya untuk anak-anak perempuan ni kan, jadi apa sahaja rezeki yang tertulis untuk pasangan itu saya doakan yang terbaik lah. Harap-harap dia jadi orang yang sentiasa syukur dengan rezeki dia, Insya-Allah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, Amira menerima pujian netizen yang mengatakan sikapnya sangat matang dan realistik.

@nona.my

Betulkah wanita zaman sekarang ini mudah ‘triggered’ kalau suami lebih berduit? Tengoklah macam si Cempaka Umairah tu, tercari² pasangan macam si Rafiq yang setaraf je, yang Budin buat nampak tak nampak saja! Karya terbaik Siti Rosmizah, Dia Imamku lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha kini sedang hangat ditayangkan! ✍️ Karya: @sitirosmizahsemail 🎬 Terbitan: @sronesdnbhd 📽️ Arahan: @ferozkader_75 ⏰ Isnin-Khamis, 10 malam 📺 Astro Ria | Hanya Dengan Astro One & #sooka #JomUsha #AstroGo #OnDemand #AstroOne #SemestinyaBoleh #diaimamku #amiraothman #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage

♬ original sound – NONA – NONA

Sumber, Kredit Video: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

Najib Guilty as Charged?!

He was slapped with 3 counts of CBT and 1 count of abuse of power!

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber!

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber! Memang terbaik dan WIN lah azam yang ini

Trending Tue, 2 Feb 2021

“Sekarang Ni, Bila Kena Kecam… Saya Rasa Lebih Tenang” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengakui sudah lali dengan kecaman yang diterimanya semenjak melibatkan diri dalam dunia seni 10 tahun lalu. Biarpun kini telah berhijrah, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 32, masih tidak boleh […]

Trending Tue, 16 Jul 2019

Tidak tenteram, pembeli rumah The Conjuring alami kejadian dalam filem!

Dalam filem pun dah nampak seram, kenapa beli?

Trending Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Dipilih Jadi Duta Jus Perawan, Apa Komen Diana Danielle?

Jadi jurucakap jus perawan…masih hebat Datin Diana!

Featured Tue, 7 Apr 2026

“Manipulasi Emosi, Sampai Mamp*slah Hidup Jadi Orang Bersalah” – Kaka Azraff

Penyanyi, Kaka Azraff meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang gemar memanipulasi emosi apabila berdepan masalah.

error: Content is protected !!