Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 2, 2025 @ 6:33pm

“Siap Reka Cerita Kahwin & Perdaya Duit Orang!” – Zara Zya Dedah Individu Lelaki Menyamar Jadi Dirinya

Pelakon popular Zara Zya tampil bersuara selepas seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai dirinya demi memperdaya mangsa untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Enggan berdiam diri, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, nekad mendedahkan identiti lelaki terbabit termasuk nama dan wajahnya di media sosial bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan.

“Lelaki ini menyamar sebagai saya dengan menghubungi mangsa melalui mesej bertulis dan bercetak di WhatsApp. Tujuannya untuk menipu dan manipulasi mangsa demi kepentingan peribadi.

“Dia turut memperdaya mangsa dengan mendakwa adanya projek kerjasama antara saya dan Malaysia Airlines,” jelas Zara menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, lengkap dengan tangkap layar perbualan antara suspek dan mangsa.

Lebih mengejutkan, individu terbabit turut menyebarkan dakwaan palsu kononnya dia dan Zara bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Saya hanya kenal dia atas urusan perniagaan. Kami pernah bertemu sebelum ini kerana dia membeli kambing perap dari gerai saya semasa Ramadan lalu, itu sahaja,” ujarnya.

Zara turut mendedahkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat aduan kepada pengurusnya, Jamal Salleh.

“Dia reka cerita kononnya saya ada hubungan cinta dengannya dan kami akan berkahwin. Semuanya fitnah semata-mata. Saya langsung tidak kenal dia secara peribadi,” katanya tegas.

Mengambil langkah segera, Zara telah membuat laporan polis dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya.

“Saya beri tempoh 24 jam kepada dia untuk buat permohonan maaf secara terbuka. Jika tidak, saya akan ambil tindakan undang-undang dan failkan saman fitnah demi membersihkan nama saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Aug 2025
Hiburan Fri, 9 Jan 2026

“Mr E Hanya Bergurau, Foto Buah Zuriat Tak Bawa Sebarang Maksud” – Erra Fazira

Hanya sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud tersirat, penyanyi dan pelakon terkenal Erra Fazira tampil menjelaskan mengenai perkongsian foto buah zuriat oleh suaminya, Ezwan Zain atau Mr E ketika menunaikan ibadah umrah, baru-baru ini. […]

Featured Mon, 6 Apr 2026

Fazley Yaakob Persoal Sikap Buka Aib Pasangan Selepas Berpisah – “Bila Bercinta Semua Kelemahan Kita Pelihara Elok Tapi…”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil meluahkan pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang dilihat mudah membuka aib bekas pasangan selepas hubungan berakhir.

Hiburan Fri, 10 Oct 2025
Featured Fri, 21 Mar 2025

“Kenyataan Itu Mendatangkan Fitnah Besar Terhadap Saya” – Suami Nora Ariffin Mengaku Tuntutan Cerai Atas Desakan Isteri Pertama

Kemelut rumah tangga penyanyi, Datuk Nora Ariffin semakin panas apabila suaminya mendedahkan wujud bukti berupa desakan dan suruhan dari isteri pertamanya dan anaknya, Alia Rushdi

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

MV Terbaru Taylor Swift “ME!” Catat Tontonan Tertinggi Di Youtube Dalam Masa 24 Jam

Taylor Swift sekali lagi mencipta magis apabila  berjaya mendapat tontonan tertinggi di Youtube menerusi muzik video terbaru beliau,’ME!’. 

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Takkan Simpan Bubuh Jadi Keychain!” – Elfira Loy

Netizen pun kadang-kadang suka serkap jarang..

error: Content is protected !!