Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 5, 2025 @ 7:21pm

“Bukan Jutaan, Tapi Puluh Ribu Juga” – Proses Ubah Suai Hampir Siap, Adam Lee Tak Sabar Pindah Rumah Idaman Dengan Sweet Qismina

Pelakon, Adam Lee mengakui tidak sabar untuk berpindah ke rumah idaman bersama isteri tercinta, Sweet Qismina yang kini dalam proses pengubahsuaian.

Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, berkata perancangan untuk mengubah suai rumah itu sudah lama dilakukan, namun hanya dilaksanakan apabila mempunyai rezeki lebih.

“Dari dulu lagi kami dah rancang nak ubah suai rumah. Setiap kali ada rezeki lebih, kami teruskan perlahan-lahan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Kalau ada tawaran kerja lebih pun, itu semua rezeki Allah,” katanya.

Adam berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Menurut Adam, mereka kini memberi tumpuan penuh untuk menyiapkan satu rumah terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk mengubah suai rumah kedua.

“Sekarang fokus rumah yang satu ni dulu. Kunci dah dapat, dan kami tengah sambung bahagian belakang serta cantikkan laman. Bila dah siap sepenuhnya nanti, baru fikir rumah kedua,” jelasnya.

Adam turut berkongsi perancangan untuk berpindah ke rumah berkenaan dalam tahun ini jika semuanya berjalan lancar.

“Insya-Allah kalau tiada apa-apa masalah, kami akan pindah masuk dalam tahun ini juga,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai jumlah kos keseluruhan ubah suai, Adam memilih untuk tidak mendedahkannya secara terperinci.

“Angkanya biarlah rahsia. Tapi tak sampai jutaan ringgit pun… cuma dalam puluhan ribu,” katanya ringkas.

Untuk rekod, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bakal Bawa Lagu Asli, Ella Janji Persembahan Luar Biasa Di Konsert Unplugged Bulan Depan!

Persiapan sudah 50% siap. Korang dah dapatkan tiket ke belum? Jumpa di Istana Budaya nanti jom!

Trending Tue, 2 Aug 2022

“Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

Ben Amir hampir buta selepas menimpa kemalangan.

Trending Sun, 19 Jun 2022

Mencuit Hati & Menyentuh Jiwa… Mengenang Adibah Noor, Ini Antara Iklan Menarik Lakonan Arwah

Jasamu akan sentiasa dikenang. Jom mengimbau kenangan iklan-iklan yang pernah dilakonkan oleh Allahyarhamah Adibah Noor yang pernah mengiburkan ramai penonton?

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

CSOIAM: Eylia Guntabid Tersingkir, 5 Peserta Berjaya Ke Separuh Akhir

Eylia Guntabid tersingkir di minggu suku akhir CSOIAM.

Trending Thu, 19 Apr 2018

Selepas 25 Tahun, Kumpulan KRU Akan Dibubarkan Bulan Depan. Girls! Jangan Nangis Ya

Kumpulan trio KRU akan dibubar bulan depan. Anda janganlah sedih.

Featured Wed, 4 Jun 2025
Hiburan Wed, 26 Mar 2025
Featured Thu, 12 Dec 2024

Zahnita Wilson Akui Berdepan Halangan Bertemu Anak-Anak Termasuk Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing

Kata Zahnita, dia tidak tahu menahu mengenai sebab sebenar dia diminta melakukan ujian saringan tersebut.

Trending Tue, 5 Nov 2019
Events Mon, 23 Sep 2024

Alif Teega, Aisyah Hijanah Dijangka Dituduh Terlibat 10 Kes Salah Guna Dana Awam

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.51 pagi hari ini untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan dipercayai membabitkan salah guna dana awam. Memetik laporan Harian […]

error: Content is protected !!