Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 5, 2025 @ 7:38pm

Perkahwinan Hampir Tiga Tahun Terlerai, Mas Idayu & Suami Sah Cerai

Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 54, mengesahkan rumah tangganya bersama penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 53, telah berakhir pada 4 Mac lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Sufian berkata, perceraian itu berlaku secara baik di Mahkamah Syariah Shah Alam dan keputusan tersebut dibuat atas dasar tiada lagi jodoh antara mereka setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.

“Kami sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja. Jadi, memang betullah gosip itu.

“Namun, hubungan antara kami masih lagi baik sebagai sahabat. Pada usia saya yang sudah tua ini, nak bermasam muka atau bergaduh pun buat apa? Jodoh kami nampaknya sampai di sini saja dan saya positif menerima takdir yang sudah ditetapkan,” katanya kepada pemberita.

Mengaku tiada pasangan yang mahukan perceraian, Sufian bagaimanapun reda dengan ketentuan Tuhan.

“Saya pun tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengan dia dalam program dijalankan stesen TV.

“Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program,” jelasnya.

Sekadar info, Sufian dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada September 2022.

Dan, ini adalah perkahwinan kedua bagi pasangan tersebut.

Mereka difahamkan sudah mengenali sejak program Mentor Musim ke-3 pada 2008, namun semakin rapat pada 2021 yang seterusnya berkahir ke jenjang pelamin.

Sebelum itu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon, Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.

Manakala, Sufian juga pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Jun 2024
Trending Thu, 13 Jul 2023

Matin Cemburu Mummy Nyanyi Dengan Dekta… Pandai Ambil Hati Anak, Watie Hanifiah Raih Pujian Netizen!

Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah sekali lagi meraih perhatian peminat selepas memuat naik sebuah video di media sosialnya. Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah sedang cuba […]

Trending Thu, 24 Jun 2021

Wajib Baca… Ini 5 Petua Perubatan Bagi Pesakit Diabestis Yang Perlu Anda Ketahui!

Diabetes atau kencing manis merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang. Setiap pesakit kencing manis wajib tahu pengurusan diabetes yang betul seperti pengamalan tabiat pemakanan dan kehidupan yang aktif agar tiada sebarang komplikasi serius akan […]

Featured Thu, 18 Aug 2022

“Kata Tunggu 2 Tahun, Tapi Kenapa Mainkan Perasaan…” – Peminat Kecewa Bila Aedy Ashraf Padam Semua Gambar Amelia Henderson

Alamak, kecewa betul ni peminat pasangan sejoli ini 😅😫 Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan 🫠Doakan je baik baik 😌🥰

Featured Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Saya Betul-Betul Minta Maaf…

Episod berkenaan, yang ditayangkan pada 1 Jun lalu, mencetuskan kemarahan di India dengan ramai peminat menggunakan media sosial untuk memalukan pelakon berkenaan dan menggelar beliau ‘pengkhianat’.

Trending Mon, 12 Jul 2021

Tampil Dengan Single ’Aku Budak Boy’, Neon Band Band Tumpang Populariti Lagu ’Aku Budak Girl’?

Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video #1 paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang dan jumlah tontonan video lirik […]

Trending Hari Ini Fri, 24 Apr 2020
Trending Wed, 27 Jan 2021

“Women Empowerment” – Saima Mohsin Bakal Jadi Wanita Muslim Pertama Dilantik Peguam Negara AS

Kaum wanita juga boleh memimpin! Setelah Kemala Harris menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan Naib Presiden US, nampaknya kini Saima Mohsin bakal mengikut jejak langkah yang sama.  Terbaru, Saima Mohsin, 52 tahun merupakan seorang wanita […]

error: Content is protected !!